Rockanova: Admin Belum Sahkan Penyertaan
Tak lama lagi rancangan realiti baru Rockanova akan datang … Macam biasa mencari penyanyi baru tapi kali ni penyanyi rock pula..
Berapa ramai penyanyi baru dah muncul sebelum ni daripada rancangan realiti seperti Akademi Fantasia, Mentor, Bintang Mencari Bintang dan macam-macam lagilah tak larat nak fikir..
Ada yang berjaya dalam industri muzik.. ada yang tenggelam timbul.. ada yang tak timbul terus..
Cuma….. Rockanova ni nampak lain macam sikit sebab ianya tak cari penyanyi ala-ala Aiman Tino tapi penyanyi ROCK atau ROCKERS SEJATI…
Pehhhhh… Mesti gempak…
Siapa yang lahir zaman 80an ke atas mesti dah lalui zaman rock ni. Bagi admin sendiri, sempat juga merasa kemeriahan dunia rock walaupun tak berambut panjang sebab sekolah tak boleh..
Kalau boleh rambut panjang mesti rambut admin lagi panjang daripada rambut guru bahasa inggeris admin..
Tapi…. muzik rock semakin tenggelam sekarang ni..
Mesti Baca: Budaya Mencarut: Spontan Atau Ikutan?
Tenggelam dengan lagu meleleh yang mendayu-dayu seperti mati bini dan lagu dalam menyanyi ada pula bercakap (rap) dan seangkatan dengannya..
Sayang…
Muzik rock seperti susah nak bangkit semula macam dulu tapi dengan lahirnya Rockanova ini mungkin ada sedikit sinar untuk muzik rock bangkit semula siapa tahu..
Ok cukup setakat tu… Jom kita baca apa cerita Rockanova 2017 ni…
Rockanova Mencari Rockers Sejati
Rockanova sebuah rancangan realiti baru terbitan Astro untuk mencari bakat baru yang benar-benar menjiwai rock atau pencarian rockers sejati.
Sesi uji bakat Rockanova 2017 bakal berlangsung pada 18 dan 19 Februari ini di Anggerik Mall, Shah Alam. Sesiapa yang berjiwa rock atau perasan rockers sejati tu bolehlah datang uji bakat nanti.
- Juri Tetap: Datuk Awie dan Edry Abd. Halim (KRU)
- Guru Vokal dan Persembahan: Datuk Hattan
- Tarikh Siaran: 29 Mac 2017
- Saluran Rasmi: Astro Prima
Kata Datuk Hattan, beliau tidak akan berlembut dan memberi ulasan menjaga hati, sebaliknya akan berterus terang dan peserta harus belajar menerima kenyataan. Peserta “lembik” dan nak kejar populariti saja baik jangan masuk –Sumber
Setakat ini admin belum sahkan penyertaan sebab tak berapa yakin walaupun anak admin yang berumur enam tahun memuji kehebatan vokal rock admin.. mungkin tahun depan..
Kepada siapa yang berminat, berjiwa rock, memiliki vokal rock dan suka tengok filem Rock bolehlah datang uji bakat Rockanova 2017 nanti ok 🙂