Roh Balik Rumah Bulan Ramadhan. Benarkah Begitu?

Mesej berantai terutama melalui aplikasi Whatsapp berpusu-pusu masuk menceritakan roh balik rumah bulan Ramadhan untuk mengutip pahala di dunia dan melihat keluarga. Benarkah begitu?

Bukan sahaja roh, manusia yang masih hidup pun pasti merindui keluarga yang jauh di mata namun apabila manusia meninggal dunia, secara tidak langsung mereka telah terputus hubungan dengan keluarga sehingga hari kiamat.

Benarkah Roh Balik Rumah Bulan Ramadhan?

Mesti Baca: Kalau Dapat Undur Masa, Mayat Pun Nak Bangun!

Roh tersebut akan ditempatkan di alam Barzakh dan terkepung atau terdinding dengan dunia kerana alam Barzakh itu sendiri membawa maksud dinding pemisah yang menghalang roh si mati daripada kembali ke dunia (Tafsir al-Jalalayn), jadi dapatkah roh balik rumah untuk mengutip pahala atau melihat anak isteri dan keluarga?

Jawapannya TIDAK BOLEH. Roh tidak akan kembali ke dunia sehingga hari kiamat. Bagi mengesahkan kenyataan ini, mari kita baca penerangan daripada Pejabat Agama.

Benarkah Roh Balik Rumah Bulan Ramadhan?

Apabila mereka bertanya Rasulullah SAW mengenai roh, maka Allah memerintahnya supaya memberi jawapan kepada mereka bahawa roh itu adalah urusan Allah.

Hanya ilmu Allah sahaja yang mengetahuinya dan tiada sesiapa pun yang mengetahui selain Allah. (Lihat Fi Zilal al-Quran, 10/261).

Firman Allah SWT:

      وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

Maksudnya“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu daripada perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.”

Dalil Roh Orang Mati Tidak Kembali Ke Dunia

Firman Allah ﷻ lagi:

اللَّـهُ يَتَوَفَّى الْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا ۖ فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَىٰ عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَىٰ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

MaksudnyaAllah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).

Ayat di atas juga menjadi dalil yang menunjukkan bahawa roh orang yang mati tidak akan kembali, bahkan Allah ﷻ yang berkuasa menahannya dari kembali ke dunia.

Ini sepertimana riwayat daripada Sa’id bin Jubair Rahimahullah (tabi’en dan juga anak murid kepada Ibn ‘Abbas R.Anhuma) yang mana mengatakan bahawa telah dikumpulkan di antara roh-roh orang yang hidup dan yang telah mati (di dalam mimpi) kemudian Allah ﷻ menahan roh orang yang telah mati dan melepaskan roh orang yang hidup kepada jasadnya semula. Ianya juga adalah pendapat Ibn Zaid Rahimahullah. (Lihat Tafsir al-Tabari, 21/298-299)

Sumber

Daripada dalil di atas, jelas roh balik rumah bulan Ramadhan untuk mengutip pahala dan melihat keluarga adalah tidak benar. Roh orang yang sudah mati tidak boleh pulang sama sekali ke dunia untuk apa sahaja tujuan.

Berkongsi ilmu sangat baik tetapi ilmu yang dikongsikan tidak semestinya benar kerana ada ilmu yang membawa ke arah kesesatan dan menyimpang daripada landasan agama.

Apa sahaja ilmu berkaitan agama, pastikan ada dalilnya. Cari sumber rujukan atau bertanya kepada mereka yang alim.

Mesti Baca: Matahari Terbit Dari Barat. Bagaimana Keadaannya?

Leave a Reply

error: Content is protected !!