RON95 E4M Setanding RON97 Digunapakai Seluruh Negara Mulai Januari 2020
Pengguna minyak petrol RON95 akan mula menggunakan minyak terbaru iaitu RON95 E4M yang akan dilaksanakan seluruh negara mulai Januari 2020.
RON95 E4M adalah minyak petrol berkualiti tinggi yang dihasilkan dengan spesifikasi standard bahan bakar Eropah Uero 4M

Ianya dikatakan petrol murah yang berkualiti tinggi dan lebih bersih setanding dengan RON97. Jadi, pengguna tegar minyak rakyat, RON95 bakal menikmati petrol yang berkualiti tinggi pada harga yang murah.
Tujuan kerajaan melaksanakan penggunaan petrol terbaru tersebut sebagai usaha mencapai matlamat Dasar Teknologi Hijau Negara 2009.
Fakta Penting Dan Kebaikan RON95 E4M
Berikut adalah beberapa fakta penting dan kelebihan menggunakan RON95 E4M berbanding petrol RON95 sedia ada:
- Mula diperkenalkan seluruh negara mulai Januari 2020
- Menggantikan petrol standard RON95 Euro 2M
- Menjaga kualiti alam sekitar
- Antara negara yang menggunakan petrol ini adalah United Kingdom dan Australia
- Pembakaran yang lebih bersih dan kurang pengeluaran asap
- Penjagaan enjin lebih bersih
Mesti Baca: Kereta Tak Boleh Start? Apa Punca?
Mesti Baca: Apa Punca Kereta Bergegar Semasa Berhenti?
Sudah tentu pengguna petrol rakyat, RON95 akan menyambut baik usaha kerajaan menggantikan petrol yang berkualiti tinggi pada harga yang murah.
Bukan sahaja murah tetapi ianya sebagai usaha menjaga alam sekitar yang telah dibebani dengan pelbagai sumber pencemaran asap melalui industri, kenderaan dan pembakaran terbuka.
