Menu

Rujukan Exam PTD 2017: Panduan, Contoh Soalan, Nota Dan Tips

Rujukan Exam PTD 2017 bakal menemui anda. Seperti biasa, calon yang akan mengambil peperiksaan PTD sudah mula sibuk mencari rujukan, contoh soalan, nota dan tips untuk LULUS Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 nanti.

Untuk sesi kali ini, Peperiksaan Online PTD dijalankan pada 03 November 2017. Jika anda belum mendapat apa-apa maklumat seperti email atau SMS boleh Semak Panggilan Exam PTD 

Tahniah jika anda mendapat panggilan Peperiksaan Online PTD. Jom kita lihat serba sedikit info berkaitan Peperiksaan Online PTD pada 03 November 2017 nanti.

Format Exam PTD November 2017

  • Pengetahuan Am
  • Daya Menyelesaikan Masalah

Sesyen Pengetahuan Am adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.

Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah terbahagi kepada 3 kategori soalan iaitu:

  • Kemahiran Menggunakan Logik
  • Kemahiran Menginterpretasi Data
  • Konsep Matematik

Contoh Soalan Exam Online PTD 2017

Sebelum menduduki Exam Online PTD, amat penting calon mendapatkan contoh soalan yang mungkin dihadapi nanti supaya lebih bersedia. Itu sebabnya admin amat menekankan betapa penting memiliki Rujukan Exam PTD 2017 jika anda calon dalam masa terdekat ini!

  • Soalan Pengetahuan Am: Siapakah pemenang pingat Olimpik pertama buat Malaysia?
  • Soalan Matematik: 87 (1+21) = ?
  • Soalan Daya Menyelesaikan Masalah: Semasa perlumbaan lumba lari, anda merupakan peserta terakhir. Tiba-tiba ada peserta lain yang memotong anda. Jadi apakah kedudukan anda sekarang?

Ini adalah Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik. Kalau mahu banyak lagi Contoh Soalan Exam PTD 2017, admin sangat mencadangkan anda mendapatkan RUJUKAN LENGKAP EXAM PTD.

Rujukan Exam PTD 2017: Contoh Soalan, Nota Dan Tips Exam

Rujukan Exam PTD 2017

  • Nota ringkas tetapi padat berkaitan jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41
  • Penerangan lengkap Format Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41
  • Contoh soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 yang banyak untuk setiap seksyen mengikut format peperiksaan
  • Tips penting untuk menduduki peperiksaan
  • Macam-macam lagi perkara yang membantu persediaan Exam PTD

Bagaimana Cara Mendapatkan Rujukan Exam PTD 2017 Nanti?

Mudah sahaja. Daftar EMAIL dan NAMA anda sekarang untuk masuk dalam “SENARAI MENUNGGU” kerana rujukan ini ditutup buat sementara waktu untuk kemasini NOTA dan CONTOH SOALAN mengikut isu semasa.

Anda akan dimaklumkan dengan pantas sebaik sahaja Rujukan Exam PTD ini siap untuk dilancarkan.

 

Masuk TELEGRAM kami untuk chat dan pertanyaa pantas >> MASUK TELEGRAM

Leave a Reply

error: Content is protected !!