Sah! Tulang Manusia Di Lokasi Acap Hilang

Sah! memang tulang manusia yang ditemui di lokasi Acap hilang di Gua Kandu, Gopeng selepas pemeriksaan awal dibuat Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Jangan buat andaian terburu-buru mengatakan ianya tulang Acap kerana bedah siasat mendapati ia adalah tulang lama dengan keadaannya yang sudah reput.

Selagi tidak mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa, hentikan spekulasi dan teori kerana usaha mencari Acap yang hilang hampir sebulan lalu masih diteruskan dalam skala kecil.

Sah! Tulang Manusia Di Lokasi Acap Hilang

Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata;

“Tengah hari semalam, proses bedah siasat selesai di Jabatan Forensik HRPB, Ipoh dan pengesahan awal mendapati serpihan tulang ditemui itu adalah tulang manusia dan ia juga adalah tulang lama.

“Pada 2 petang semalam, kita sudah mengambil spesimen darah salah seorang ahli keluarga Mohammad Ashraf Hassan di Hospital Kampar.

“Serpihan tulang dan spesimen darah diambil itu akan dihantar ke Jabatan Kimia hari ini untuk tujuan padanan DNA,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar, hari ini.

Berita Penuh

Walaupun sah tulang manusia yang dijumpai di lokasi Acap hilang tetapi ianya tulang lama, agak mustahil untuk mengatakan tulang tersebut milik Acap.

Apapun, kita tunggu hasil ujian DNA keluarga Acap nanti untuk mengesahkannya.

Jika sah tulang bukan milik Acap, ianya akan menjadi satu perkembangan menarik. Mungkin merungkai misteri lain pula.

Mesti Baca: Berhenti Cari Acap, Abang Buat Laporan Polis

Leave a Reply

error: Content is protected !!