Saiz Dan Dalam Neraka Menggerunkan

Di antara perkara ghaib yang kita ketahui adalah neraka. Kita tidak nampak tetapi kita telah dimaklumkan oleh Allah dalam Al Quran dan hadis Rasulullah bagaimana rupa dan keadaan di dalamnya, siapa penghuninya dan bagaimana bentuk seksaan bergantung kepada amalan masing-masing semasa di dunia. Tahu tak bagaimana saiz dan dalam neraka? menggerunkan!

Dalam Surah Al-Furqan, ayat 65-66 yang bermaksud: Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka jahanam daripada kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan. Sesungguhnya neraka jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk.”

Saiz Dan Dalam Neraka Menggerunkan

Nabi Muhammad SAW pernah bercerita mengenai kedalaman api neraka.

Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata, “Kami pernah bersama Nabi SAW, tiba-tiba beliau mendengar seperti suara benda jatuh ke dasar.

“Nabi SAW bertanya, ‘Tahukah kalian suara apa itu?’ Kami menjawab, ‘Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.’”

Baginda bersabda yang bermaksud: ‘Ini adalah batu yang dilemparkan ke neraka sejak 70 tahun yang lalu dan sekarang baru sampai ke dasarnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis sahih itu menunjukkan saiz neraka sangat besar dan dalam.

Bayangkan, golongan yang mendapat seringan-ringan seksaan di dalam api neraka kelak adalah seorang lelaki yang diberi pakai kasut atau selipar daripada api neraka.

Sebaik sahaja meletakkan kakinya di atas selipar itu, maka akan terbakar dan menggelegak otaknya.

Mesti Baca: Kalau Dapat Undur Masa, Mayat Pun Nak Bangun

Ketika itu, dia merasakan dialah yang mendapat azab neraka paling pedih, sedangkan itulah seringan-ringan azab di dalam neraka.

Marilah kita semua memanjatkan doa dengan penuh pengharapan supaya Allah SWT selamatkan diri dan ahli keluarga kita daripada menjadi bakaran api neraka.

Sesungguhnya, tiada manusia yang mampu menahan azab neraka SWT. Semua sisi di dalam neraka itu api yang sangat luar biasa kepanasannya sehingga membuatkan seluruh penghuninya tidak mampu lari.

Ibn Mas’ud menyatakan, Rasulullah SAW mengajarkan satu doa. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika seorang kamu bertasyahud, maka hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah daripada empat perkara iaitu “Allahumma inni a’uuzubika min ‘azaabi jahannama, wamin ‘azabil qabr, wamin fitnatil mahya wal mamaaat, wamin syarri fitnatil masih al-Dajjal.” (Riwayat Muslim)

Sumber Artikel

Ya Allah. Meremang bulu roma apabila mengetahui saiz dan dalam neraka yang sangat menggerunkan. Semoga kita mendapat tempat sebaiknya di akhirat nanti.

No Responses

Leave a Reply

error: Content is protected !!