Sajat Gagal Tukar Jantina, Tak Dapat Kahwin.

Sajat gagal tukar jantina. Itu yang dilaporkan melalui satu sidang akhbar khas sebentar tadi. Difahamkan Sajat membuat permohonan menukar jantina dalam kad pengenalannya dengan bantuan seseorang bagi membolehkannya berkahwin dengan kekasihnya.

Sajat atau nama sebenarnya di dalam kad pengenalan iaitu Muhammad Sajjad Bin Kamaruzzaman gagal mengemukakan surat pengesahan daripada doktor bagi membuktikan beliau adalah khunsa seperti yang selalu dihebohkannya sendiri.

Sajat gagal tukar jantina

Sebelum ini pernah tular di media sosial kad pengenalan yang dipercayai milik Sajat tetapi dinafikan oleh beliau dan juga berita Sajat pergi ke Pejabat Pendaftaran bagi proses penukaran jantina tetapi juga dinafikan.

Seperti yang diketahui, individu khunsa memiliki dua alat kelamin dan boleh memilih untuk menjadi lelaki atau wanita bergantung kepada alat kelamin yang mana berfungsi dengan baik dan juga kecenderungan individu tersebut ke arah lelaki atau wanita.

Bertambah malang Sajat bukan sahaja gagal membuat pertukaran jantina dalam kad pengenalannya, tak dapat berkahwin malah kena buat permohonan maaf secara terbuka pula dalam tempoh 48 jam melalui cara bertulis dan video di laman sosial miliknya.

Mohon maaf kepada siapa dan mengapa?

Sajat baik kau fokus bisnes sahaja, lupakan soal kahwin. Bukan tak boleh kahwin tetapi kena kahwin dengan perempuan.

Sementara hayat masih dikandung badan, marilah kita semua bertaubat, admin bukan tujukan kepada Sajat sahaja tetapi juga kepada admin sendiri dan sahabat semua.

Baca Berita Penuh Sajat Gagal Tukar Jantina, Tak Dapat Kahwin

Leave a Reply

error: Content is protected !!