Hantar 30 Resume Masih Gagal Dapat Kerja

Menyedihkan juga apabila baca laporan dalam akhbar ribuan graduan gagal dapat kerja walaupun sudah menghantar 30 resume ke syarikat swasta dan agensi kerajaan, ada yang hadir pelbagai temuduga kerja termasuk tetapi masih belum dapat kerja yang diinginkan.

Di mana silapnya? kelemahan graduan atau kurangnya peluang pekerjaan? bayangkan setiap tahun beribu graduan dikeluarkan institusi pendidikan awam dan swasta, jika keadaan ini berlarutan ianya seperti malapateka kepada anak muda yang dibebani hutang pendidikan PTPTN

Hantar 30 Resume Tetapi Gagal Dapat Kerja

Melihat kepada situasi ini, apa yang admin boleh katakan adalah graduan jangan pernah putus asa. Buat persediaan sehabis baik untuk berjaya. Rujuk mereka yang sudah berjaya dan cuba bertanya apa rahsia serta minta apa-apa nasihat daripada mereka. Jangan malu untuk bertanya.

Di sini admin kongsikan beberapa tip yang boleh digunakan jika anda masih gagal dapat kerja:

1. Belajar buat resume yang betul. Bukan main copy paste orang punya. Ada beberapa komponen wajib kena ada dalam resume yang graduan terlepas pandang.

2. Belajar bagaimana buat persediaan sebelum , semasa dan selepas temuduga. Malah, wajib tahu tatacara temuduga kerajaan dan swasta, ada perbezaannya. Ini sangat penting!

Mesti Baca: GGPA Rendah, Ijazah Tak Iktiraf Punca Gagal Fapat Kerja

Mesti Baca: Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang Bukan Dengan SPA

Mesti Baca: Contoh Surat Permohonan Kerja Yang Menarik Minat Majikan

Merujuk kepada isu resume, ramai yang tidak tahu betapa pentingnya resume sebagai pengenalan diri. Selain itu, kena tahu apa BEZA resume yang kena hantar kepada swasta dan kerajaan.

Salah satu kesilapan besar graduan ketika menyediakan resume dan akhirnya menyebabkan gagal dapat kerja adalah membuat satu resume yang difotostat/dicetak sebanyak 50 salinan dan dihantar ke:

  • 30 syarikat swasta
  • 10 agensi kerajaan
  • 10 kerja kerajaan

Memang nampak bersungguh-sungguh sampai buat 50 resume tetapi tanpa disedari strategi dan teknik tersebut adalah SALAH dan SIA-SIA.

Hentikan kerja mengarut mulai sekarang! Gagal dapat kerja bukanlah penamat hidup. Belajar buat resume terbaik dan belajar teknik temuduga kerajaan atau swasta. Anda boleh berjaya tetapi kena berusaha dan bekerja keras, jangan cepat mengalah, selebihnya bertawakal kepada Allah.

Selain itu, admin cadangkan kepada anda beberapa rujukan berbayar untuk mereka yang serius untuk berjaya. Senarai rujukan di bawah adalah rujukan yang terbukti berkesan sejak 2009 membantu graduan mendapat pekerjaan dalam sektor swasta atau kerajaan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!