Kurangkan Kakitangan Kerajaan. Bersediakah Anda?

Hari ini tular dalam media sosial kerajaan akan kurangkan kakitangan kerajaan. Benarkah begitu? bersediakah penjawat awam menerima berita buruk ini?

Sebelum itu, kaji dahulu apakah benar ianya bakal terjadi? lihat petikan ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir;

Dr Mahathir Mohamad berkata langkah pengurangan bilangan penjawat awam masih dalam peringkat penelitian dan kerajaan akan memberikan pilihan kepada pihak terbabit apabila ia dilaksanakan.

Mesti Baca: Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)

Antaranya, kata perdana menteri, kakitangan terbabit dibenar berpindah ke sektor swasta selaras dengan penswastaan beberapa jabatan kerajaan.

Katanya kerajaan akan memastikan kakitangan awam berkenaan tidak kehilangan pekerjaan dan boleh berpindah ke sektor swasta.

Bukan Kurangkan Kakitangan Kerajaan Tetapi Diberi Pilihan

Kata beliau langkah seumpama itu pernah dilakukan kerajaan terhadap Jabatan Telekom yang kemudian diswastakan menjadi Telekom Malaysia (TM).

“Kita swastakan Telekom, dan kita pindahkan pekerja-pekerja, ini pilihan mereka.

“Kalau mereka hendak masuk ke Telekom pun boleh, atau tetap dalam (perkhidmatan) kerajaan pun boleh. Tetapi ada syaratnya,” kata Mahathir.

Beliau yang juga anggota parlimen Langkawi menambah kakitangan awam yang memilih untuk kekal dalam perkhidmatan kerajaan harus menerima gaji yang ditetapkan.

“Tetapi jika gaji (yang ditawarkan) dalam Telekom lebih tinggi, mereka tiada hak tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di parlimen hari ini.

Pada 21 Feb lalu, Mahathir memberi kenyataan bahawa jumlah anggota kerajaan terlalu besar dan perlu dikurangkan.

Pada masa sama katanya kerajaan berhasrat membangunkan lebih banyak peluang pekerjaan di sektor swasta dengan gaji yang lebih lumayan bagi mengurangkan kebergantungan rakyat untuk bekerja di sektor awam.

Sumber

Jelas tak? jika dilihat kenyataan Perdana Menteri, beliau bermaksud bukan kurangkan kakitangan kerajaan tetapi dipindahkan ke sektor swasta bagi mengurangkan bebanan kerajaan terutama dalam aspek pembayaran gaji.

Boleh jadi juga beberapa jabatan kerajaan diswastakan seperti Tenaga Nasional Berhad dan kakitangan terbabit dibayar gaji oleh agensi berkenaan.

Kakitangan kerajaan juga diberi pilihan kekal dalam kerajaan dengan gaji sedia ada atau masuk ke sektor swasta dengan gaji lebih tinggi.

Leave a Reply

error: Content is protected !!