Menu

Sebab Mengantuk Di Bulan Puasa

Ketika admin menulis ketika ini memang mata terasa sangat mengantuk, rasa nak tongkat kelopak mata dengan pen. Hari ini hari pertama bekerja dalam bulan puasa. Aduhhh….. tak tahan rasanya. Apa sebab mengantuk di bulan puasa ya?

Sebab Mengantuk Di Bulan Puasa

Ada banyak sebab mengantuk di bulan puasa dan ianya bergantung kepada diri masing-masing. Admin sedang gagahkan diri menulis ketika ini harap tak tertidur semasa menulis 🙂

Mesti Baca: Kelebihan Berpuasa Di Bulan Ramadan

Sebab Mengantuk Di Bulan Puasa

  • Corak tidur dah berubah. Kita kena bangun seawal jam 4.00 pagi untuk makan sahur. Mungkin ada yang bangun lebih awal. Ini sebab utama kita mengantuk di siang hari kerana kurang jam tidur daripada kebiasaan.
  • Corak pemakanan pun berubah. Apabila bangun pagi kita biasa menikmati sarapan dengan air teh atau kopi panas dan di bulan puasa semua itu tiada.
  • Kita memperlahankan aktiviti kerana tidak mahu menjadi letih dan lapar. Apabila tindak balas pun perlahan secara tak langsung mata pun menjadi mengantuk kerana kurang aktiviti.
  • “Mindset” atau boleh kita andaikan seperti otak kita dah tetapkan bulan puasa segala aktiviti kena hentikan atau kurangkan. Selain itu, kita juga dah tetapkan dalam kepala bulan puasa mesti banyak berehat nanti kurang tenaga. Pendek kata, kita dah set otak menjadi pasif dalam bulan puasa yang menyebabkan tindakan pun menjadi pasif.
  • Macam-macam lagi anda fikirlah sendiri 🙂

 Kalau Mengantuk Bulan Puasa Nak Buat Apa?

Dalam bulan puasa, masa paling kritikal adalah waktu pagi dan tengahari iaitu di antara jam 8.00 pagi-10.00 pagi dan 02.00 petang – 04.00 petang. Ketika ini kalau sedang bekerja di pejabat rasa macam nak tidur bawah meja betul tak?

Kita dah tahu sebab mengantuk di bulan puasa tetapi bagaimana cara nak mengatasi rasa mengantuk yang amat sangat tu?

  • Cuba tidur seawal mungkin dalam bulan ramadhan kerana kita perlu bangun awal untuk bersahur
  • Pastikan makan secukupnya sebelum tidur kerana kurang makan menyebabkan kita susah untuk tidur malam
  • Elakkan minum kafein sebelum tidur sekurang-kurangnya empat jam sebelum tidur
  • Ketika siang hari, jangan asyik duduk sahaja. Cuba banyakkan berjalan dan buat aktiviti yang santai dan tidak memerlukan banyak tenaga.

Mesti Baca: Susah Tidur? Baca Cara Tidur Dengan Mudah

Oklah admin pun dah rasa kurang sikit mengantuk sebab menulis.

Memang bulan puasa ini segala aktiviti menjadi perlahan dan kita pun rasa mengantuk.

Apapun, jangan jadikan alasan tak dapat makan, kurang tidur, tak dapat merokok sebagai sebab mengantuk di bulan puasa.

Jom buat kerja!

Leave a Reply

error: Content is protected !!