Menu

Sebab Tidak Mampu Memiliki Rumah Sendiri

Ramai yang masih belum memiliki rumah sendiri walaupun dah nak pencen setahun dua lagi. Rumah semakin mahal, kos sara hidup semakin tinggi tapi anak tetap bertambah. Itulah di antara sebab tidak mampu memiliki rumah sendiri lagi bagi orang kebanyakan terutama yang menetap di bandar.

Sebab Tidak Mampu Memiliki Rumah Sendiri

  • Pendapatan rendah iaitu gaji tak setimpal dengan kos sara hidup yang semakin tinggi. Gaji hanya cukup makan, belanja anak sekolah itu pun masih tak cukup dan terpaksa meminjam
  • Harga rumah melambung tinggi. Ini masalah utama kerana faktor harga bahan mentah semakin tinggi harga rumah menjadi mahal dan tak mampu nak beli

Ketidakseimbangan antara harga rumah dan sumber pendapatan menjejaskan kemampuan untuk memiliki rumah khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Golongan yang menetap di bandar paling terkesan kerana kos sara hidup yang tinggi membuatkan mereka hanya mampu menyewa rumah dan memasang angan-angan untuk membeli rumah sendiri.

Sebab Tidak Mampu Memiliki Rumah Sendiri

Menurut kajian oleh International Housing Affordability Survey, bagi tempoh 2009 hingga 2014, harga purata rumah meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 7.9 peratus melebihi kadar 7.3 peratus pertumbuhan purata pendapatan isi rumah.

Bagi memenuhi permintaan rumah mampu milik yang semakin meningkat, kerajaan melaksanakan Dasar Perumahan Negara dan menubuhkan Majlis Perumahan Negara bagi memperkemas sistem penyampaian dan memupuk industri perumahan yang aktif.

Baca Juga: Semak Tips Miliki Rumah Idaman

Sehingga Disember 2015, sebanyak 183,755 unit rumah mampu milik siap dibina manakala, 214,011 dalam peringkat pembinaan dan 309,571 unit dalam perancangan.

Bagi mengekang aktiviti spekulasi, kerajaan memansuhkan Skim Pemaju Tanggung Faedah (DIBS) yang menyebabkan harga rumah melonjak kerana pemaju mengambil kira kos faedah pinjaman pembeli rumah dalam tempoh pembinaan dan diserapkan dalam harga jualan rumah. Sumber

Semua mengimpikan memiliki rumah sendiri yang selesa untuk membesarkan anak-anak tapi situasi semasa menunjukkan trend kenaikan harga rumah yang tinggi tak sepadan dengan jumlah pendapatan.

Ianya menjadi sebab tidak mampu memiliki rumah sendiri walaupun ada sesetengah daripada mereka akan berpencen tidak lama lagi.

Semoga kerajaan berusaha membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah memiliki rumah sendiri. Mereka juga tidak boleh goyang kaki dan seharusnya berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan ekonomi keluarga.

Leave a Reply

error: Content is protected !!