Menu

Sebarang Bentuk Bazar Ramadan Tidak Dibenarkan

Tahun 2020 ini menyaksikan kita menyambut bulan Ramadan dalam suasana yang berbeza kerana kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April. Dalam erti kata lain, kita akan berpuasa dalam suasana PKP. Malah, sebarang bentuk Bazar Ramadan tidak dibenarkan tahun ini.

Agak janggal menyambut Ramadan tanpa suasana meriah di petang hari, orang ramai membeli juadah enak berbuka puasa di Bazar Ramadan. Suasana itu tiada tahun ini, apa yang boleh dilakukan kerana PKP menghadkan pergaulan bebas selagi COVID-19 tidak dapat dihapuskan.

Mesti Baca: Ingkar PKP? Tiada Lagi Kompaun RM1000, Terus Naik Mahkamah

Sebarang Bentuk Bazar Ramadan Tidak Dibenarkan

Bagaimana dengan peniaga Bazar Ramadan setiap tahun? pasti mereka terkesan dengan keputusan kerajaan tetapi kita mesti akur kerana ketika ini nyawa rakyat menjadi pertaruhan jika Bazar Ramadan dianjurkan.

Sebarang Bentuk Bazar Ramadan Tidak Dibenarkan

KERAJAAN memutuskan tidak membenarkan sebarang bentuk bazar atau gerai dilaksanakan sempena Ramadan kali ini sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat hari ini selepas meneliti dan mendengar pandangan Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Mesyuarat hari ini memutuskan sebarang bentuk perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu serta tempah dan ambil tidak dibenarkan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini. Baca Berita Penuh

Rakyat Malaysia harus menerima kebiasaan baru ini selagi PKP masih dilaksanakan. Kita hanya mampu berdoa dan berusaha untuk menamatkan PKP tetapi ianya tidak dapat dilakukan jika rakyat tidak bekerjasama dan mematuhi arahan yang terkandung dalam PKP.

Walaupun sebarang bentuk Bazar Ramadan tidak dibenarkan, tiada solat Tarawih berjemaah di masjid atau mungkin juga tiada solat Aidilfitri tahun ini, kita harus menerima kebiasaan baru ini kerana kita mesti menang melawan COVID-19 dalam apa jua cara sekalipun.

Leave a Reply

error: Content is protected !!