Selamat Berpuasa Ramadan 2020 Dalam PKP. Lanjut Lagi Tak?

Alhamdulillah. Bulan Ramadan kembali lagi. InsyaAllah jika tiada halangan umat islam akan mula berpuasa sebulan mulai Jumaat, 24 April 2020. Selamat berpuasa Ramadan 2020 dalam PKP.

Ini satu pengalaman baru. Kita terpaksa menyambut kedatangan bulan mulia ini dalam satu situasi pergerakan terhad angkara penularan wabak COVID-19 yang telah menjangkiti jutaan dan membunuh ratusan ribu orang di seluruh dunia.

Mesti Baca: Cara Solat Tarawih Sendiri & Berjemaah Semasa PKP

Selamat Berpuasa Ramadan 2020 Dalam PKP. Lanjut Lagi Tak?

Apa yang dapat dilakukan? kita terpaksa menelan hakikat pahit ini untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Selagi wabak ini menular, kita mesti patuh PKP sehingga ianya benar-benar selamat.

Satu persoalan yang bermain dalam fikiran ketika ini? PKP sambung lagi tak selepas 28 April nanti?

Ramadan 2020 Dalam PKP Tamat 28 April. Lanjut Lagi Tak?

Semua mungkin akan terjawab 8 malam ini, 23 April 2020 dalam perutusan khas Ramadan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain perutusan khas Ramadan, dijangka Perdana Menteri juga akan menyentuh perihal PKP sama ada ditamatkan selepas 28 April atau dilanjutkan lagi.

Pendapat peribadi admin, PKP wajar diteruskan sehingga habis 01 Syawal nanti bagi mengekang rakyat berkumpul, menyambut hari raya dan mengabaikan penjarakan sosial seterusnya meningkatkan risiko jangkitan COVID-19.

Bayangkan dalam PKP 3 yang belum tamatpun rakyat sudah berpusu-pusu memenuhi jalan raya, bank dan pasar raya, inikan pula bila sudah tamat nanti.

Malah, WHO sendiri menjangkakan perang melawan wabak ini sehingga tahun depan, 2021 selepas banyak negara mula melonggarkan PKP.

Adakah kita mahu berdepan lagi PKP selepas tamat sambutan hari raya Aidilfitri nanti kerana terburu-buru menamatkan PKP sekarang?

Apapun, selamat menyambut bulan Ramadan 2020 dalam PKP. Banyakkan beribadat dan berdoa dalam bulan mulia ini supaya Allah menamatkan wabak COVID-19 dengan segera seterusnya kita kembali kepada kehidupan normal secepat mungkin.

Leave a Reply

error: Content is protected !!