Menu

Selamat Datang Lapangan Terbang Cristiano Ronaldo

Selamat Datang Lapangan Terbang Cristiano Ronaldo! Hebat bukan? Dengan pencapaian sebagai pemain bola sepak terulung dunia yang mengharumkan nama kelab dan negara, tempat kelahiran Cristiano Ronaldo berbesar hati menukar nama lapangan terbang mereka kepada nama pemain hebat ini.

Selamat Datang Lapangan Terbang Cristiano Ronaldo!

Bandar kelahiran Cristiano Ronaldo, Kepulauan Madeira memberi pengormatan kepada kapten Portugal itu apabila menukar nama lapangan terbang utama mereka kepada Lapangan Terbang Cristiano Ronaldo.

Ronaldo, yang mengetuai Portugal menjulang kejuaraan Eropah buat kali pertama tahun lalu dilahirkan di Hospital Dr. Nelio Mendonca, Funchal pada 5 Februari, 1985 dan telah menjadi kebanggaan penduduk di kepulauan tersebut. Lapangan Terbang Cristiano Ronaldo

Gambar: Utusan Online

Bintang penyerang Real Madrid itu dijangka hadir dalam majlis memperkenalkan nama baharu lapangan terbang Funchal esok iaitu sehari selepas Portugal beraksi menentang Sweden dalam perlawanan persahabatan di bandar berkenaan.

Mesti Baca: Kerja Di Singapura, Gaji Cleaner Saja RM3000. Nak Cuba Nasib?

Skuad Portugal tiba di Funchal semalam dengan membawa bersama trofi Euro 2016 yang dimenangi di Perancis.

Selain bakal memberi nama baharu kepada lapangan terbang mereka, Funchal sebelum ini turut membima tugu dan muzium Ronaldo, selain turut membina hotel yang mengambil nama kapten Portugal itu – Sumber Utusan Online

Siapa tak bangga kalau nama sendiri diletakkan sebagai penghargaan betul tak?

Lapangan Terbang Cristiano Ronaldo adalah contohnya.

Mungkin satu hari nanti kita dapat melihat nama Stadium Badminton Lee Chong Wei di negara kita 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!