Menu

Semak Paras Air Sungai Dan Status Banjir Terkini

Menjelang hujung tahun ni ramai yang tinggal berhampiran sungai tak senang duduk melihat hujan turun setiap hari tidak kira masa pagi dan petang. Penting untuk semak paras air sungai dan status banjir terkini supaya dapat buat persiapan awal jika banjir melanda.

Orang cakap musim tengkujuh dah datang. Negeri pantai timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan antara negeri menerima hujan lebat dalam tempoh ini. Bersiap sedia hadapi kemungkinan banjir.

Permulaan Monsun Timur Laut

Monsun Timur Laut bermula pada 10 November 2016 dan dijangka berterusan hingga Mac 2017.  Negara dijangka mengalami sekitar empat (4) hingga lima (5) episod hujan lebat yang menyeluruh selama tiga (3) hingga lima (5) hari yang boleh mengakibatkan kejadian banjir di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung dan Barat Sarawak.

Negeri lain juga boleh menerima kesan daripada Monsun Timur Laut ini dan berhadapan kemungkinan banjir.

Baca kenyataan penuh Menteri Sains, Teknlogi dan Inovasi berkenaan permulaan Monsun Timur Laut

Semak Paras Air Sungai Dan Status Banjir Terkini

Semak Paras Air Sungai Dan Status Banjir Terkini

Nak semak paras sungai dan status banjir terkini mudah saja. Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia adalah agensi kerajaan yang bertanggungajawab memberi maklumat terkini status paras air sungai utama di setiap negeri.

Jadi anda boleh semak secara online status terkini ketinggian air sungai di tempat anda untuk membuat perancangan awal terhadap kemungkinan banjir.

Kalau nak cuba semak paras sungai dan status banjir terkini  di tempat anda ikut langkah-langkah berikut:

Itu sahaja cara untuk semak paras air sungai dan taburan hujan di tempat anda. Kalau rajin tengok anda akan dapat melihat turun naik paras sungai terkini untuk melihat sebarang kemungkinan banjir.

Baca juga: Persediaan Menghadapi Banjir: Tunggu Dan Lihat?

Memang banjir tak dapat diduga tapi jika kita peka dan sentiasa memantau situasi seperti semak paras air sungai dan status banjir terkini kita boleh ambil langkah persediaan awal sebelum banjir tiba.

Bersiap sedia daripada sekarang ok 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!