Semak Status BR1M Masih Dalam Proses? Tunggu Sampai 28 Februari
Ramai yang mengeluh, ada yang mengamuk bila semak status BR1M masih dalam proses sedangkan yang lain dah dapat malah ada yang dah habis belanja duit BR1M tu…..
Sabar…… biar lambat dapat, orang lain dah habis…
Lagipun, bank sedang sesak sangat ni orang keluar duit BR1M, admin yang tak dapat BR1M nak ambil duit pun terpaksa berulang-alik ke bank bila tengok beratur panjang 🙂
Semak Status BR1M Masih Dalam Proses? Tunggu 28 Februari….
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, proses permohonan 3,123,950 yang memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijangka selesai pada 28 Februari ini.
“Kepada yang masih belum menerima BR1M atau status mereka masih dalam proses, iaitu seramai 3,123,950, pemprosesan permohonan BR1M anda dijangka selesai pada 28 Februari ini.”
“Bagi yang dah menerima BR1M, saya harap dapat dibelanjakan dengan berhemah, Insya-ALLAH,” katanya menerusi catatan terbaru di laman Facebook dan Twitter, malam tadi.”
Pembayaran BR1M bagi 2017 secara baucar dibuat pada 18 Februari manakala pembayaran secara terus ke akaun bank dibuat mulai 22 Februari lepas.
Mesti Baca: Bayaran BR1M Baucer Mulai 18 Februari, Bayaran Ke Akaun Mulai 22 Februari
Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan pada 2012 adalah antara mekanisme utama penyampaian bantuan subsidi bersasar yang diguna pakai bagi menggantikan sistem subsidi pukal sebelum ini yang kurang berkesan dan mengalami banyak ketirisan.
Bagi BR1M tahun 2017, bantuan itu akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos.
Semak status BR1M 2017 masih dalam proses?
Jangan bimbang dan jangan mengamuk…
Tarikh akhir selesai proses permohonan BR1M pada 28 Februari ok..