Menu

Semak Status Dan Tarikh Bayaran BR1M

BR1M iaitu Bantuan Rakyat 1 Malaysia dinikmati rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan dalam bentuk kewangan sebagai satu usaha kerajaan meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Sekurang-kurangnya ini berita gembira daripada kerajaan untuk mereka yang layak menerima BR1M dan gunakan ianya sebaik mungkin. Semak Status Dan Tarikh Bayaran BR1M jika anda layak menerima.

Siapa Yang Layak Menerima BR1M?

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2016

Semak Status Dan Tarikh Bayaran BR1M

Semak Status Dan Tarikh Bayaran BR1M

PERHATIAN! Sila berhati-hati dengan laman web, blog dan laman sosial yang memberikan maklumat palsu BR1M dan meminta makumat peribadi anda. Sumber

Bagaimana Cara Bayaran BR1M?

i. Tunai di BSN

a) KIT BR1M 2016
b) Surat Makluman LULUS

ii. Pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan

Dah semak status dan tarikh bayaran BR1M? Tahniah jika anda layak! Gunakan sebaik mungkin wang tersebut untuk meringankan beban dan buat simpanan jika ada lebihan.

Isu Semasa BR1M

1) Ada yang menggunakan BR1M untuk membeli nombor ekor. Benar itu peribadi tapi wang bukan mudah dapat jadi jangan salah guna BR1M untuk tujuan yang tidak baik ok 🙂

2) Katanya BR1M rasuah daripada kerajaan atau modal undi. Ini pun pandangan peribadi. Tak kira anda di pihak mana. Elakkan persepsi buruk jika ianya untuk kebaikan semua. Ramai yang gembira dengan penerimaan BR1M dan sekurang-kurangnya ia adalah usaha baik kerajaan meringankan beban rakyat.

Pastikan anda peka dengan Tarikh Bayaran BR1M nanti anda tertanya-tanya dari mana duit lebih masuk akaun anda 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!