Semak Tips Miliki Rumah Idaman
Semua mengimpikan rumah idaman yang selesa untuk anak-anak membesar dan membina kehidupan berkeluarga yang harmoni. Sebelum anda mula bermimpi rumah idaman Semak Tips Miliki Rumah Idaman di bawah sebagai panduan asas.
Tips Miliki Rumah Idaman
1) Apakah pilihan dan kriteria peribadi anda? Adakah anda sedang mencari rumah yang mesra kanak-kanak?
Jika inilah faktornya, anda perlu mencari kediaman bertanah dengan ruang besar di dalam kawasan yang mempunyai kemudahan mencukupi untuk kanak-kanak.
Anda juga perlu mempunyai ruang di dalam rumah yang selamat untuk kanak-kanak, iaitu tidak mempunyai terlalu banyak anak tangga atau ruang terbahagi seperti yang terdapat dalam rumah bandar serta banyak lagi.
Jangan dilupakan bahawa kanak-kanak akan membesar dan akhirnya memerlukan juga ruang serta kawasan peribadi mereka sendiri.
2) Adakah rumah berkenaan membesar bersama keluarga?
Dapatkan sebuah rumah yang akan memenuhi keperluan peribadi anda dan bukannya memaksa keperluan peribadi anda untuk disesuaikan dengan rumah.
Buatlah juga senarai pro dan kontra serta meneliti sekali lagi semua ciri yang ada di dalam rumah berkenaan secara objektif sebelum membuat perbandingan.
Tanya diri anda dengan jujur, rumah yang mana satu akan sesuai dengan cara hidup serta membolehkan anda menghiasinya secara lebih baik.
Sebagai contoh, rumah yang mempunyai terlalu banyak tingkap adalah bagus untuk membolehkan cahaya matahari masuk serta pengudaraan.
3) Bagaimanapun, adakah anda seorang yang suka membeli dan menggantikan langsir?
Langsir adalah satu bentuk perbelanjaan. Buatlah penilaian merit setiap kejiranan termasuk demografik, kadar jenayah, kebisingan, kesesakan jalan raya serta kemudahan awam.
Pertimbangkan pelaburan mana satu akan membawa masuk pulangan lebih baik serta nilai jualan semula lebih tinggi. Untuk anak-anak pula, periksa kolej, sekolah, perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, kelas tambahan, pusat muzik, pusat tarian dan pusat balet terdekat.
4) Apakah keadaan pengangkutan awam dan sistem bas sekolahnya?
Perhatikan juga perincian yang diberikan dari segi spesifikasi, pelan tapak, kemudahan, sambungan jalan dan lebuh raya serta periksa pandangan yang diberikan oleh pembeli lain.
Pemerhatian sedemikian akan menceritakan sepenuhnya merit sesebuah rumah itu dan lokasinya, di samping kemungkinan peningkatan nilainya.
Gambar mungkin memberitahu seribu perkataan namun pada akhirnya, keputusan akhir untuk membeli rumah yang mana satu terletak sepenuhnya di tangan anda. Sumber
Seronok jika rumah idaman yang kita mimpikan selama ini menjadi kenyataan betul tak? Ianya tak mustahil jika kita tetapkan matlamat dan berusaha keras untuk mencapai impian itu.
Dengan Tips Miliki Rumah Idaman seperti di atas diharapkan ianya menjadi titik permulaan untuk memiliki rumah idaman pada masa depan.