Semakan Dan Permohonan BPN Sehingga 30 April 2020

Ramai yang kecewa kerana tidak dapat memasuki laman web rasmi LHDN untuk membuat semakan dan permohonan BPN. Aliran trafik yang sangat tinggi menyebabkan website BPN menjadi terlalu perlahan untuk diakses.

Telah beberapa kali diingatkan, bagi mereka yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pembayar cukai TIDAK perlu mendaftar BPN lagi kerana mereka automatik akan dapat bantuan tersebut.

Website Perlahan? Bila Masa Sesuai Daftar Dan Mohon BPN?

Jadi, jika anda dalam golongan tersebut JANGAN memasuki laman web BPN buat masa sekarang, beri peluang kepada orang lain untuk membuat semakan dan permohon BPN. JANGAN menyesakkan lagi trafik website BPN.

Semakan Dan Permohonan BPN Sehingga 30 April 2020

ORANG ramai tidak perlu berpusu-pusu membuat semakan kelayakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kerana ia boleh dibuat pada bila-bila masa sehingga 30 April ini.

LHDN turun memaklumkan penerima BSH 2020 layak menerima BPN secara automatik dan tidak perlu membuat permohonan. Bayaran akan dibuat pada bulan April dan Mei ini.

Semakan Dan Permohonan BPN Sehingga 30 April 2020

Pemberian BPN secara one-off bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data BSH, manakala bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian LHDN.

Mesti Baca: Website BPN Perlahan? Bila Masa Sesuai Daftar Masuk?

Mesti Baca: Kelayakan dan Tarikh Bayaran RM500 Penjawat Awam 2020 – BPN

LHDN memaklumkan Hasil Care Line (HCL) akan beroperasi semula mulai 30 Mac bagi menjawab pertanyaan berkaitan BPN dan isu percukaian.

HCL akan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 9 pagi hingga 5 petang pada setiap hari Ahad hingga Jumaat.

Menurut LHDN, nombor HCL ialah 03-8911 1000 atau +603-8911 1100 bagi mereka yang berada di luar negara.

Selain itu, LHDN memaklumkan talian BSH iaitu 1800-88-2747 akan turut beroperasi untuk menjawab sebarang pertanyaan berkenaan BSH – Sumber

Link untuk semakan dan permohon BPN adalah seperti berikut:

www.hasil.gov.my

bsh.hasil.gov.my

www.treasury.gov.my

Leave a Reply

error: Content is protected !!