Menu

Semakan Keputusan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN

Semakan Keputusan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN akan diketahui sedikit masa sahaja lagi. Jika merujuk kepada portal kerjaya LHDN, semakan keputusan peperiksaan online pada 20/09/2017 baru-baru ini sudah boleh dilakukan namun semakan di SPA masih belum dipaparkan.

Tahniah sekali lagi kepada calon yang telah selamat menduduki peperiksaan tersebut walaupun ada rungutan daripada sesetangah calon yang tidak dapat menjawab dengan sempurna ketika peperiksaan tersebut seperti tidak dapat menyimpan jawapan walaupun beberapa kali mencuba, laman web peperiksaan online yang “loading” dan sebagainya.

Namun, SPA ada memberikan pengesahan bahawa mana-mana calon yang tidak dapat menyimpan jawapan walaupun beberapa kali dicuba supaya jangan bimbang kerana jawapan tersebut berjaya disimpan sebenarnya cuma mengambil sedikit masa kerana trafik yang terlalu tinggi ke laman web peperiksaan tersebut menjadikannya perlahan.

Bila Tarikh Semakan Keputusan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN?

Sudah tentu calon Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN baru-baru ini tidak sabar lagi untuk mengetahui sama ada mereka LULUS atau GAGAL.

Debaran yang dirasakan calon seperti tidak tertahan lagi dan bukan mereka sahaja merasakannya, ibu bapa dan orang tersayang pun menantikan keputusannya.

Untuk makluman, keputusan peperiksaan tersebut akan diumumkan melalui Portal SPA. Admin juga akan maklumkan di sini nanti apabila mendapat pengesahan keputusan rasmi peperiksaan tersebut.

Sentiasa semak Portal SPA atau tunggu maklumat selanjutnya daripada Blog Carian Semasa.

UPDATE: Keputusan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN pada 20/09/2017 akan diumumkan melalui EMAIL pada 03 OKTOBER 2017 (SELASA) menurut kenyataan pihak LHDN.

Sentiasa semak EMAIL anda, bimbang anda terlepas pandang untuk ke peringkat seterusnya jika LULUS nanti. SumberSemakan Keputusan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN

Ke Mana Jika Lulus Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN?

Soalan inilah yang paling merisaukan sebenarnya kerana proses seterusnya adalah TEMUDUGA Pegawai Eksekutif Gred 41 ambilan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Jika sesi peperiksaan online anda hanya berhadapan dengan komputer tetapi ketika proses temuduga nanti anda akan bertentang mata dengan panel penemuduga yang pastinya akan menguji kemahiran komunikasi dan skil anda.

Mesti Baca: 10 Tips Temuduga Kerja Kerajaan Atau Swasta

Bagi jawatan bertaraf pegawai Gred 41 ke atas, banyak soalan yang akan menguji kemahiran calon kerana jika anda berjaya dipilih untuk menjadi seorang Pegawai Eksekutif Gred 41 nanti, anda akan berhadapan dengan cabaran sebenar.

Oleh itu, proses tapisan temuduga akan menjadi sukar jika anda tidak bersedia daripada sekarang. Sebaik sahaja lulus Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN nanti, mulakan proses mencari bahan berkaitan LHDN, ambil tahu isu-isu semasa dan berlatih kemahiran komunikasi terutamanya Bahasa Inggeris.

Tunggu hebahan rasmi daripada pihak LHDN, SPA dan Blog Carian Semasa untuk Semakan Keputusan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN dalam masa terdekat ini.

Semoga anda semua mendapat khabar gembira lulus peperiksaan tersebut dan bersiap sedia ke peringkat seterusnya iaitu temuduga Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN pula 🙂

UPDATE: Keputusan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN pada 20/09/2017 akan diumumkan melalui EMAIL pada 03 OKTOBER 2017 (SELASA) menurut kenyataan pihak LHDN.

Sentiasa semak EMAIL anda, bimbang anda terlepas pandang untuk ke peringkat seterusnya jika LULUS nanti. Sumber

Leave a Reply

error: Content is protected !!