Menu

Semakan Status Muflis Secara Online Mulai 11 Mei 2017

Jabatan Insolvensi Malaysia memperkenalkan aplikasi MyDI yang boleh digunakan untuk membantu orang ramai membuat semakan status muflis atau keban­krapan mana-mana individu melalui telefon pintar mulai 11 Mei ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, aplikasi itu akan dapat membantu orang awam berurusan dengan jabatan itu secara online sekali gus meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pelanggan.

Semakan Status Muflis Bakal Menantu Pun Boleh…

Beliau berkata, menerusi perkhidmatan itu majikan juga boleh melakukan semakan status muflis atau kebankrapan bakal pekerja dan institusi yang memberi pinjaman kewangan.

Menurutnya, ibu bapa pula boleh memeriksa status kebankrapan bakal menantu mereka hanya dengan menggunakan aplikasi MyDI.

Semakan Status Muflis

“Dengan adanya kemudahan ini, orang ramai tidak perlu lagi datang ke pejabat atau menghubu­ngi Jabatan Insolvensi Malaysia untuk mengetahui status kebankrapan mereka kerana ia boleh dibuat dengan menggunakan aplikasi pada te­lefon pintar,” katanya.

Mesti Baca: Lebih Sejuta Peminjam PTPTN Dalam CCRIS

Beliau berkata pada sidang akhbar selepas pelancaran aplikasi MyDI dan Jelajah Rang Undang-Undang (RUU) Kebankrapan (Pindaan) 2016 di Dewan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri di sini semalam – Sumber

Kini, segalanya akan menjadi lebih mudah untuk kita atau bakal majikan membuat semakan status muflis mulai 11 Mei 2017 nanti.

Tak perlu lagi ke pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia.

Apapun, yang tak syoknya bakal mertua pun boleh semak bakal menantu mereka muflis atau tak 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!