Menu

Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) Online Dengan Sistem eGumis

Akhirnya, orang awam dapat membuat semakan Wang Tak Dituntut (WTD) secara online selepas Jabatan Akauntan Negara (JANM) melancarkan sistem eGumis khusus untuk tujuan ini.

Sebelum ini, semakan WTD hanya boleh dibuat secara manual di mana-mana pejabat JANM seluruh Malaysia. Akibatnya, orang ramai terpaksa beratur panjang bagi membuat proses semakan WTD.

Bagi memudahkan urusan semakan WTD online, Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah melancarkan portal eGUMIS.

Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) Online Dengan Sistem eGumis

Untuk fasa awal, eGUMIS hanya mengandungi rekod WTD dari tahun 2006 sehingga sekarang.

Proses Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD

Siapa yang layak membuat tuntutan WTD? Semak kelayakan anda terlebih dahulu.

  • Empunya/pemilik WTD sendiri;
  • Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;
  • Pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan
  • Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap

Cara Membuat Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) Online Dengan Sistem eGumis

Untuk menggunakan sistem tersebut, anda perlu ikut beberapa langkah mudah di bawah:

  • Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
  • Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian. Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal.
  • Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.
  • Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.
  • Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)

Laman eGumis bagi semakan WTD Online agak sibuk dan sukar dimasuki ketika ini kerana menerima trafik pengunjung yang sangat tinggi.

Jika pendaftaran gagal, anda perlu mencuba sehingga berjaya atau sebaik-baiknya buat pendaftaran WTD online ketika waktu malam, mungkin trafik website eGumis stabil pada masa tersebut.

Mana tahu ada rezeki dapat duit terpijak selepas buat semakan WTD betul tak?

Artikel Berkaitan: Pernah Buka Banyak Akaun Bank? Cuba Semak WTD

Leave a Reply

error: Content is protected !!