Setahun Kerajaan PH Hanya 22% Katakan Lulus?

Hari ini, 09 Mei 2019, genap setahun Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Dalam sebuah kajian yang dijalankan mendapati hanya 22% memberikan markah lulus selepas genap setahun kerajaan PH memerintah.

Daripada dapatan kajian tersebut, kesimpulannya, setahun kerajaan PH adalah gagal. Punca kegagalan tersebut secara kasarnya dapat dilihat daripada kegagalan PH menunaikan manifesto 100 hari, kebimbangan orang Melayu dan Islam terhadap keistimewaan orang Melayu dan agama, ancaman institusi beraja, tekanan kos sara hidup yang tiada perubahan dan kelemahan menteri.

Setahun Kerajaan PH. Pandangan Secara Kasar.

Bagi admin, PH memang dilihat gagal menunaikan manifesto 100 hari jika menjadi kerajaan tetapi tempoh setahun tidak banyak yang dapat dilakukan kerana mereka menguruskan negara bukan bengkel kereta.

Mesti Baca: Pakatan Harapan Kerajaan Sepenggal?

Melihat kepada aspek lain, orang Melayu dan Islam sebagai majoriti masih tidak dapat menerima kehadiran DAP dalam tampuk kepimpinan negara. Parti tersebut dilihat seperti ancaman kepada hak keistimewaan orang Melayu dan agama Islam. Ianya terpulang kepada DAP bagaimana mereka dapat meyakinkan orang Melayu untuk mengundi mereka sama ada dalam PRK atau PRU15 nanti.

setahun kerajaan ph

Selain itu, perbalahan di antara Tun M dengan pihak istana terutama dengan TMJ sedikit sebanyak mengikis kepercayaan orang Melayu terhadap PH. Realitinya, dalam dunia moden orang Melayu masih menghormati institusi beraja dan menganggap Sultan sebagai payung kepada orang Melayu dan agama. Mengusik institusi beraja seolah-olah mengusik orang Melayu dan agama Islam.

Hasil penilitian rambang admin terhadap keluarga dan rakan terdekat juga melihat mereka kecewa dengan kerajaan PH. Sebagai contoh, orang tua yang berstatus ibu tunggal yang biasa menerima BR1M tiba-tiba ditarik balik dan menerima BSH pada kadar bayaran orang bujang yang jauh daripada yang mereka terima dahulu.

Ini hanyalah pandangan secara kasar admin terhadap prestasi setahun kerajaan PH. Jika mereka mahu kekal sebagai kerajaan, mereka harus bekerja kuat meraih sokongan rakyat seperti PRU14 dahulu. Sudah tentu jolokan PH Kerajaan Sepenggal tidak boleh dibiarkan menjadi kenyataan kerana hasil usaha 60 tahun menumbangkan kerajaan Barisan Nasional akhirnya menjadi perjuangan yang sia-sia.

Baca Hasil Kajian

Leave a Reply

error: Content is protected !!