Shopback Jualan Online Terbesar Dunia 11 November 2016
ShopBack iaitu sebuah platform pulangan tunai (Cashback) melancarkan jualan online terbesar dunia pada 11 November 2016 ini yang dikenali sebagai “Singles Day”. Ianya dijangka akan meningkatkan jualan sehingga empat kali ganda kepada laman e-dagangnya di Malaysia.
Sharmeen Looi, Ketua Pegawai Operasi ShopBack Malaysia berkata daripada kaji selidik online yang dijalankan baru-baru ini ke atas 2,000 responden di Malaysia, hampir 70 peratus responden mengetahui tentang “Singles Day” dan 90 peratus daripada mereka akan membuat pembelian.
Trafik ke laman web Shopback meningkat enam kali ganda lebih tinggi daripda biasa diarahkan ke laman rakan niaga Shopback pada tahun lepas. Ianya menghasilkan peningkatan jualan secara purata sebanyak 400 peratus.
Keinginan membeli-belah yang tinggi tahun ini membuatkan Shopback yakin akan mencapai 400 peratus nilai dagangan kasar (Gross Merchandise Value – GMV) sekali lagi bersama rakan niaga yang diterajui oleh Taobao, Tmall dan AliExpress dari kumpulan Alibaba.
“Singles Day” pada asalnya disambut oleh mereka yang bujang di China, mendapat namanya dari tarikh 11 November yang memiliki empat nombor 1 yang keseorangan.
Syarikat e-dagang gergasi China, Alibaba memulakan jualan “Singles Day” pada tahun 2009, memberi diskaun besar-besaran dan menggalakkan orang ramai membeli sesuatu untuk menjadikan mereka lebih gembira pada hari tersebut.
Ia telah menjadi jualan online paling besar di dunia, dengan rekod jualan sebanyak AS$14.3 bilion dicatatkan tahun lepas, mengatasi Cyber Monday Amerika Syarikat (AS$3.07 bilion) dan Black Friday (AS$2.74 bilion).
Di Asia Tenggara, ShopBack adalah rakan niaga Cashback pertama Taobao, dan kedua-duanya telah bekerjasama sejak 2014 untuk memberi ganjaran kepada pelanggan sehingga 50 peratus Cashback dalam bentuk wang tunai sebenar, menerusi platform aplikasi, mudah alih dan web.
Baca Juga: Hari Sarapan Kebangsaan Bersama McDonald’s Malaysia
Selain Taobao, syarikat e-dagang seperti Lazada, Groupon, Qoo10 turut sama menyertai arus ini dan memberikan Cashback menerusi Singles Day” pada 11 November.
“Singles Day” telah berjaya memberikan pembeli di Malaysia untuk mendapatkan tunai sebanyak RM5.4 juta sehingga kini, membawakan sekurang-kurangnya tujuh pesanan kepada rakan niaga setiap minit – Sumber Kosmo Online (10/11/2016)
Kehidupan telah berubah. Kita lebih mudah melakukan urusniaga atau jual beli online kerana menjimatkan masa dan tenaga.
Dengan kewujudan berbagai-bagai platform perniagaan internet ketika ini menjadikan segalanya hanya dihujung jari.
Jangan terlepas Shopback Jualan Online Terbesar Dunia 11 November 2016 ini!