Menu

Siaran Langsung Gerhana Matahari Cincin 2019

Hari ini, 26/12/2019, Malaysia berpeluang menyaksikan kejadian alam yang jarang-jarang berlaku, gerhana matahari cincin atau anulus di Tanjung Piai, Johor dan Serian di Sarawak.

Gerhana matahari anulus ini berlaku apabila bulan bergerak tepat di hadapan matahari dan disebabkan ketika itu, bulan berada sedikit jauh daripada bumi, maka saiznya sedikit kecil dan tidak akan dapat menutupi keseluruhan bentuk piring matahari.

Akibatnya di dalam kawasan atau berhampiran dengan kawasan laluan tengah gerhana ini, matahari akan kelihatan seperti cincin.

Fasa kejadian ini berlangsung selama kira-kira 3 jam 51 minit, bermula dengan kemunculan bayang-bayang bulan dan sampailah ke saat bulan kembali hilang.

Saksikan siaran langsung fenomena indah ini di Facebook Planetatium Negara

Kali terakhir fenomena alam ini terjadi kira-kira 21 tahun yang lalu di Mersing, Johor pada 22 Ogos 1998.

Mesti Baca: Berapa Usia Bulan?

Fenomena alam yang berlaku setiap 20 tahun, kali ini hanya akan berlaku di dua kawasan tersebut sahaja kerana pada ketika itu kedudukan bulan, bumi dan matahari adalah selari.

Selain gerhana matahari cincin di Tanjung Piai, Johor dan Serian di Sarawak, seluruh Malaysia dan Brunei, serta sebahagian Singapura akan dapat menyaksikan gerhana separa.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan fenomena indah yang berlaku sekali dalam 20 tahun ini. Mungkin ini kali terakhir kita menyaksikannya dalam hayat kita?

Leave a Reply

error: Content is protected !!