Soalan Temuduga Pembantu Makmal Gred C19

Selepas LULUS peperiksaan Pembantu Makmal Gred C19 anda akan berhadapan dengan satu lagi halangan paling mencabar iaitu temuduga Pembantu Makmal Gred C19. Inilah yang akan menguji sejauh mana anda layak atau tidak untuk mendapat jawatan ini. Jadi, persiapkan diri dengan mengetahui di antara contoh soalan temuduga Pembantu Makmal Gred C19 supaya lebih bersedia.

Mengapa GAGAL Temuduga Kerja Kerajaan?

Sebelum kita mengetahui apakah koleksi contoh soalan temuduga Pembantu Makmal Gred C19, penting untuk kita tahu apakah sebab ramai calon temuduga kerja kerajaan GAGAL temuduga?

Salah satu sebab UTAMA calon gagal temuduga kerja kerana BIADAP dan TIN KOSONG! apakah maksudnya? baca di posting yang lalu >> Biadap, Tin Kosong Punca Graduan Gagal Temuduga?

Selain itu, ada banyak punca calon temuduga gagal kerana beberapa faktor seperti:

  • Bercakap tentang perkara-perkara yang tidak berkaitan atau tiada kena mengena dengan soalan yang ditanya secara berlebihan atau keterlaluan.
  • Tidak menumpukan perhatian atau fokus kepada salah seorang penemuduga apabila diajukan soalan dari salah seorang panel.
  • Mengelak daripada menjawab soalan atau mengalihkan perhatian panel penemudugadengan bercakap tentang perkara lain.
  • Memandang rendah pada pengetahuan panel penemuduga sehingga merasakan diri anda bijak dari mereka dengan berpandukan cara anda menjawab.
  • Menggunakan nama-nama orang berpangkat tinggi atau besar dalam sesi temuduga, seolah-olah anda ada orang dalam, supaya panel penemudugaberasa kagum dengan anda.
  • Mencabar panel penemuduga dengan memberikan soalan yang rumit dan teknikal kepada mereka. Sepatutnya mereka yang menyoal anda.

Perkara-perkara di atas boleh membuatkan panel penemuduga berasa tidak senang hati dan membosankan. Ini bakal memberi kesan kepada anda. Peluang bakal tertutup kerana sikap anda. Adakalanya anda tidak sedar apa yang anda lakukan tersebut menambahkan peluang GAGAL temuduga.

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Makmal Gred C19

Ada beberapa calon temuduga Pembantu Makmal Gred C19 yang telah berkongsi pengalaman mereka. Jadi, anda boleh ambil beberapa soalan temuduga yang pernah ditanya kepada calon lepas sebagai rujukan.

Soalan Temuduga Pembantu Makmal

Seperti biasa, perkara UTAMA yang akan ditanya adalah pengenalan diri. Sila perkenalkan diri anda dengan lancar tetapi tidak meleret-leret.

Di antara perkara penting dalam pengenalan diri adalah perkenalkan nama, tempat tinggal, umur, status, latar belakang keluarga, latar belakang pengajian dan pengalaman kerja.

PENTING! ambil tahu sedikit asas Bahasa Inggeris, bimbang anda diminta memperkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris (introduce yourself in English).

Berikut adalah contoh soalan temuduga Pembantu Makmal Gred C19 yang dipetik daripada pengalaman calon terdahulu:

1. Pengetahuan Am

  • Jumlah rukun negara dan senaraikan
  • Apakah maksud “kesopanan dan kesusilaan?”
  • Namakan menteri besar kelantan yang terkini
  • Berikan nama 2 orang menteri yang merupakan anak kelantan
  • Bilangan perdana menteri malaysia dan senaraikan
  • Isu semasa terkini dan huraikan apa yang anda faham

2. Soalan Berkaitan Jawatan, Makmal Dan Sains

  • Senaraikan 4 peraturan keselamatan makmal
  • Senaraikan 5 radas di dalam makmal beserta kegunaannya
  • Senaraikan 4 tugas pembantu makmal
  • Apakah itu fotosintesis?
  • Apakah itu klorofil?
  • Apakah bentuk-bentuk cecair?
  • Apakah itu bahan penebat dan berikan contoh bahan penebat
  • Apakah maksud pemanasan global?

Begitulah di antara contoh soalan temuduga Pembantu Makmal Gred C19 yang pernah dialami oleh calon temuduga jawatan ini.

Anda boleh juga bertanya kepada mereka yang telah bekerja dalam bidang ini untuk mendapat lebih gambaran skop dan bidang kerja Pembantu Makmal C19.

Jika anda calon temuduga jawatan Pembantu Makmal Gred C19, semoga ianya bermanfaat untuk anda.

Rujukan Temuduga Kerja Kerajaan

Selain daripada contoh soalan temuduga Pembantu Makmal Gred C19, WAJIB anda mengetahui apakah tindakan yang mesti diambil SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS temuduga.

Kami kongsikan kepada anda rujukan temuduga kerja kerajaan yang sangat membantu ribuan calon LULUS temuduga sejak 2009.

Jika anda serius untuk LULUS temuduga nanti, bukan sahaja contoh soalan temuduga Pembantu Makmal C19 yang mesti anda tahu tetapi apakah tindakan anda:

  • Sebelum temuduga
  • Semasa temuduga
  • Selepas temuduga

Keterangan lanjut apakah isi kandungan Rujukan Temuduga Kerja Kerajaan ini teruskan BACA SINI

Selamat berjaya calon temuduga Pembantu Makmal Gred C19!

Artikel Berkaitan: Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Gred 19, 29 & 41

Kredit

Leave a Reply

error: Content is protected !!