Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir Gred N19/W19
Temuduga kerja! Inilah di antara ujian hidup yang paling menakutkan selain daripada mati kerana ianya akan menentukan masa depan anda. Lulus atau Gagal? Khusus untuk calon yang dipanggil temuduga Pembantu Tadbir Gred N19, admin kongsikan serba sedikit contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir Gred N19 (Kewangan, Perkeranian/Operasi) yang boleh dijadikan panduan asas sebelum temuduga nanti.
Temuduga Pembantu Tadbir Gred N19 sedang giat dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) bagi bulan Oktober sehingga November 2017 ini. Dua kategori Temuduga Pembantu Tadbir Gred N19 tersebut adalah:
- Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
Kepada calon yang dipanggil menduduki kedua-dua jenis temuduga ini, buatlah persiapan sehabis baik kerana bukan senang untuk mendapat panggilan temuduga daripada SPA kerana saingan terlalu kuat.
Jika anda dipanggil temuduga sudah dianggap satu kejayaan kecil kerana proses tapisan untuk dipanggil temuduga Pembantu Tadbir Gred N19 semakin sukar. Itupun anda sangat bertuah kerana calon sebelum ini perlu menduduki Peperiksaan Online Pembantu Tadbir Gred N19 terlebih dahulu sebelum temuduga.
JANGAN Buat Begini Semasa Temuduga
Sebelum menghadiri temuduga, anda mesti tahu serba sedikit Tips Temuduga terutama perkara yang DILARANG. Berikut ialah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga. Panel penemuduga bakal tersinggung dengan sikap anda sekiranya anda berbuat perkara-perkara seperti di bawah:
- Bercakap tentang perkara-perkara yang tidak berkaitan atau tiada kena mengena dengan soalan yang ditanya secara berlebihan atau keterlaluan.
- Tidak menumpukan perhatian atau fokus kepada salah seorang penemuduga apabila diajukan soalan dari salah seorang panel.
- Mengelak daripada menjawab soalan atau mengalihkan perhatian panel penemudugadengan bercakap tentang perkara lain.
- Memandang rendah pada pengetahuan panel penemuduga sehingga merasakan diri anda bijak dari mereka dengan berpandukan cara anda menjawab.
- Menggunakan nama-nama orang berpangkat tinggi atau besar dalam sesi temuduga, seolah-olah anda ada orang dalam, supaya panel penemudugaberasa kagum dengan anda.
- Mencabar panel penemuduga dengan memberikan soalan yang rumit dan teknikal kepada mereka. Sepatutnya mereka yang menyoal anda.
Perkara-perkara di atas boleh membuatkan panel penemuduga berasa tidak senang hati dan membosankan. Ini bakal memberi kesan kepada anda. Peluang bakal tertutup kerana sikap anda. Adakalanya anda tidak sedar apa yang anda lakukan tersebut menambahkan peluang GAGAL temuduga.
Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir Gred N19
Admin ringkaskan dan rangkumkan contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir Gred N19 iaitu Kewangan dan Perkeranian/Operasi sebagai panduan asas temuduga.
- Sila perkenalkan atau ceritakan serba sedikit latar belakang diri anda. Jadi, anda terangkan secara ringkas nama, asal, umur, lulusan, pengalaman, pekerjaan sekarang, sumbangan.
- Apakah tugas anda di tempat kerja sekarang? Ceritakan skop dan bidang tugas semasa anda.
- Apakah tugas Pembantu Tadbir Gred N19? Ambil tahu dan buat kajian tugas seorang Pembantu Tadbir bergantung kepada kategori temuduga iaitu Kewangan atau Perkeranian/Operasi. Ketahui asas sahaja sudah cukup. Boleh rujuk di laman web SPA.
- Mengapa anda memohon menjadi Pembantu Tadbir sedangkan anda tiada pengalaman? Ini soalan menguji. Jawablah dengan ikhlas jika anda tiada pengalaman. Katakan anda tiada masalah mencuba dan belajar perkara baru. Anda sukakan cabaran.
- Sangup tak kalau anda ditempatkan di mana-mana lokasi di seluruh Malaysia jika berjaya temuduga? Ini ramai yang kalah. Maklumlah anda tidak tahu di mana lokasi bekerja nanti. Jawablah dengan jujur. Ambil jalan selamat, katakan anda sanggup dan bersedia. Fokus dapatkan kerja dahulu betul tak?
- Tahu tak konsep 1Malaysia? Boleh berikan contoh perkara-perkara berkaitan 1 Malaysia? Ini soalan “general”. Biasa sangat temuduga apa sahaja jawatan ada soalan ini. Jadi, ambil tahu sedikit ya.
- Pertanyaan nama Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Jabatan Kerajaan dan Agensi. Ini juga soalan “general”. Buat kajian dan hafal terutama temuduga di bawah Kementerian. Sebagai contoh, anda mendapat temuduga Pembantu Tadbir Gred N19 Kewangan atau Perkeranian/Operasi di bawah Kementerian Sumber Asli. Ambil tahu nama Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha dan peranan Kementerian.
- Soalan Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan mungkin memerlukan anda mengambil tahu aspek berkaitan asas perakaunan, panjar, invois, akruan dan perkara-perkara berkaitan kewangan. Jangan bimbang, penemuduga tidak akan bertanya soalan kewangan yang terlalu rumit kerana anda bukan sedang menjalani proses temuduga Akauntan WA41.
- Soalan Temuduga Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi pula lebih menumpukan kepada aspek fail atau rekod dan kerja-kerja pentadbiran. Jadi, apabila ditanya nanti jawablah anda akan ditugaskan menyediakan surat /dokumen rasmi, kerja-kerja filing, rekod surat masuk/keluar, rekod cuti kakitangan pejabat, fail mesyuarat, fail kursus dan perkara-perkara rasmi melibatkan pejabat.
Banyak lagi contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir Gred N19 yang boleh anda jangkakan. Cara paling mudah anda boleh cuba perkara-perkara berikut:
- Cipta soalan sendiri berkaitan jawatan yang anda akan ditemuduga. Jika berkaitan kewangan, anda baca aspek berkaitan kewangan dan cipta soalan. Cari jawapan.
- Tanya orang yang pernah menghadapi temuduga Pembantu Tadbir Gred N19. Korek pengalaman dan soalan temuduga Pembantu Tadbir Gred N19 daripada mereka. Ini paling berkesan!
Panduan Temuduga Berkesan Yang Membantu Calon Temuduga Kerja Kerajaan
Admin sangat mencadangkan kepada calon bagi dua kategori Temuduga Pembantu Tadbir Gred N19 iaitu:
- Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
Dapatkan Pakej Lengkap Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan yang telah membantu puluhan ribu calon temuduga LULUS sejak 2009.
Dalam panduan temuduga kerja kerajaan ini, anda akan didedahkan maklumat yang tepat dan terbukti berkesan dalam membuat persediaan temuduga merangkumi:
- Apa perlu buat SEBELUM temuduga?
- Apa perlu buat SEMASA temuduga?
- Apa perlu buat SELEPAS temuduga?
Jika anda benar-benar mahukan peluang cerah LULUS temuduga Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 atau Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 nanti, Pakej Lengkap Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini sangat membantu!
Untuk makluman, Pakej Lengkap Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini boleh digunakan untuk semua calon temuduga kerja kerajaan (tidak mengira jawatan dan gred)
Semoga perkongsian ringkas berkaitan soalan temuduga Pembantu Tadbir Gred N19 di atas bermanfaat untuk anda 🙂
Pakej Lengkap Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan boleh digunakan untuk SEMUA temuduga kerja kerajaan.