Soalan Temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29

Soalan Temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29 yang anda cari? SPA baru sahaja mengumumkan tarikh temuduga bagi jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29. Lazimnya SPA akan membuat tapisan awal melalui Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam WK29 terlebih dahulu tetapi tahun 2018 ini tiada, mungkin memberi peluang kepada calon simpanan atau jumlah calon yang layak tidak terlalu ramai selepas tapisan dibuat seperti CGPA atau bidang pengkhususan yang diperlukan.

Jika anda calon temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29, tahniah kami ucapkan! Bukan senang dapat panggilan temuduga SPA dengan syarat yang agak ketat terutama melibatkan CGPA. Berdasarkan pengalaman admin sendiri yang pernah bercakap dengan pihak SPA, jika CGPA di bawah 3.50 memang tipis harapan untuk dipanggil peperiksaan atau temuduga.

Admin pernah mengupas bab CGPA dalam tulisan terdahulu. Boleh baca di sini >> CGPA Rendah, Ijazah Tak Iktiraf Antara Punca Gagal Dapat Kerja

Persiapan Sebelum Menghadiri Temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29

Sebelum menghadiri temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29, penting untuk anda buat persiapan mantap.

  • Cari sebanyak mungkin maklumat berkaitan skop dan senarai tugas Penolong Penguasa Kastam WK29
  • Cari seberapa banyak informasi berkaitan isu semasa dan dasar kerajaan
  • Berlatih dengan menonton video sesi temuduga dan berlakon seperti anda sedang ditemuduga
  • Korek rahsia daripada mereka yang pernah menghadapi temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29

Contoh Soalan Temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29

Bagi yang mendapat panggilan temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29 tahun 2018 ini apakah persediaan anda?

Sudah tentu sedikit bimbang kerana berhadapan dengan panel penemuduga bukan senang. Silap gaya gagap dan jadi tidak tentu arah.

Bertenang…

Admin akan kongsikan beberap contoh soalan temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29 yang diambil daripada pengalaman calon terdahulu untuk rujukan anda, juga beberapa tips temuduga kerajaan yang sangat berguna untuk anda.

Sebelum itu admin nak ingatkan tolong kuasai komunikasi Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya pada peringkat asas. Penting sangat! Jangan tak boleh jawab langsung dalam Bahasa Inggeris!

Di antara contoh soalan temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29 yang mungkin ditanya kepada anda:

  • Sila perkenalkan diri anda (tidak mustahil ditanya dalam Bahasa Inggeris)
  • Mengapa anda memilih masuk kerja kerajaan dengan jawatan Penolong Penguasa Kastam WK29 ini jika gaji dalam bidang swasta jauh lebih mahal?
  • Mengapa anda layak menjadi Penolong Penguasa Kastam WK29?
  • Apakah tugas Penolong Penguasa Kastam WK29?
  • Visi dan Misi Jabatan Kastam
  • Berikan contoh barang-barang yang dikawal dalam bidang kuasa Kastam?
  • Apakah nama duti dan cukai -cukai yang dikenakan oleh Kastam?
  • Anda tahu kakitangan Kastam berisiko tinggi dalam melaksanakan tugas jadi mengapa anda memohon jawatan ini?
  • Siapa Nama Menteri yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja Malaysia?
  • Isu semasa di Malaysia
  • Dasar-dasar kerajaan
  • Dan banyak lagi

Rujukan Temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29

Soalan Temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29

Inilah yang anda perlukan untuk persediaan mantap! NOTA TEMUDUGA PERJAWATAN KASTAM GRED WK19/WK29/WK41.

Rujukan temuduga ini menggabungkan semua gred Kastam dalam SATU EBOOK khusus untuk yang dipanggil menduduki temuduga Kastam.

Nota Temuduga Perjawatan Kastam WK19/Wk29/WK41 ini mengandungi NOTA lengkap dan koleksi CONTOH SOALAN temuduga Kastam yang akan membantu anda membuat persiapan rapi.

Menariknya, Nota Temuduga Perjawatan Kastam WK19/Wk29/WK41 ini diberi PERCUMA sahaja kepada anda!

Cara Mendapatkan Nota Temuduga Perjawatan Kastam WK19/Wk29/WK41

Nota Temuduga Perjawatan Kastam WK19/Wk29/WK41 ini diberi PERCUMA. Penting daftar EMAIL dan NAMA anda sekarang!

Anda akan dimaklumkan melalui EMAIL nanti.

Jangan lupa “LIKE” Facebook kami: Saya Mencari Kerja Kosong Kerja Kerajaan

Leave a Reply

error: Content is protected !!