Menu

Status Mario Gomez Jurulatih Harimau Malaya Semakin Kusut, Tan Cheng Hoe Akhirnya Menganggur….

Status Mario Gomez jurulatih Harimau Malaya semakin hari semakin kusut, tidak tahu apa kesudahan dan bagaimana akan berakhir. Semuanya bermula sebelum Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dilantik sebagai Presiden FAM yang mana baginda memberi bayangan akan melantik bekas jurulatih JDT, Mario Gomez sebagai jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan.

Bayangan tersebut (bukan bayangan gurauan) menjadi kenyataan apabila TMJ mengumumkan pelantikan Mario Gomez sebagai jurulatih Harimau Malaya sebaik sahaja menang tanpa bertanding jawatan Presiden FAM.

Belum Habis Bincang Tapi Dah Heboh Mario Gomez Jurulatih Harimau Malaya…… Tan Cheng Hoe Apa Cerita?

Ini yang menjadi buah mulut peminat bola sepak. TMJ mengatakan Belum Sah Mario Gomez Jurulatih Harimau Malaya kerana masih dalam proses berbincang dan belum ada kata putus daripada FAM dan Mario Gomez sendiri.

Kata TMJ Mario Gomez minta gaji tinggi sangat melebihi gaji ketika menjadi jurulatih JDT. Bagi admin, menjadi jurulatih kebangsaan tanggungjawab lebih besar dan membawa maruah negara tidak salah jika Mario Gomez minta gaji tinggi sedikit.

Mario Gomez memberi maklum balas beliau tak minta gaji tinggi tapi kontrak yang lebih panjang sebagai jurulatih pasukan kebangsaan. FAM menawarkan kontrak setahun tapi Mario Gomez mahu sekurang-kurangnya dua tahun untuk membentuk pasukan kebangsaan yang baik.

Pulak dah….. Siapa yang betul ni? mana mungkin TMJ dan Mario Gomez main wayang kulit…. status Mario Gomez jurulatih Harimau Malaya dah caca merba……

Tan Cheng Hoe Letak Jawatan Jurulatih Kedah, Mario Gomez Mahu Katanya, Tapi………

Perletakan jawatan Tan Cheng Hoe sebagai jurulatih Kedah yang dilihat agak terburu-buru juga menjadi buah mulut.

Kata TMJ, Mario Gomez mahu Tan Cheng Hoe sebagai pembantu jurulatih Harimau Malaya sesuai dengan statusnya sebagai jurulatih tempatan terbaik 2016.

Tapi…. sekali lagi drama minggu ini berulang. Mario Gomez menafikan yang beliau memilih Tan Cheng Hoe sebagai pembantunya sekiranya dilantik sebagai jurulatih Harimau Malaya.

“Saya tidak pernah memilih Cheng Hoe. Saya juga tidak tahu dari mana cerita seperti ini timbul.

“Saya menghormati Cheng Hoe dan tidak berniat untuk mengganggu tugasnya sebagai pengendali pasukan Kedah yang kini sedang berada di puncak prestasi pada kempen Liga Super.

“Kalau saya diberi pilihan, sudah tentu saya memilih pembantu jurulatih daripada pasukan Harimau Selatan, Raul Longhi.

“Begitupun, saya tidak kisah jika digandingkan dengan Cheng Hoe kerana beliau antara jurulatih tempatan terbaik di negara ini,” kata Mario Gomez kepada Kosmo Online!

Tan Cheng Hoe Dijerat Untuk Lemahkan Pasukan Kedah?

Memang ketika ini pasukan Kedah sangat kuat, belum kalah dalam liga dan memiliki corak permainan yang sangat menarik di bawah Tan Cheng Hoe.

Jadi, timbul pula cerita Tan Cheng Hoe dijerat dengan jawatan pembantu jurulatih Harimau Malaya untuk melemahkan momentum pasukan Kedah. Boleh ke macam tu?

Status Mario Gomez Jurulatih Harimau Malaya

Ada lagi cakap-cakap budak nakal, jika Tan Cheng Hoe tidak menjadi pembantu jurulatih Harimau Malaya akhirnya beliau akan menjadi jurulatih JDT.

Tapi agak susah admin nak telan dan percaya. Mana mungkin TMJ tergamak buat macam tu?

Walaupun, ramai yang berkata JDT beli pemain negeri lain untuk melemahkan pasukan yang kuat sebab kebanyakannya hanya duduk di bangku simpanan saja.

Satu admin nampak kusut sebab TMJ umumkan Mario Gomez jurulatih pasukan kebangsaan awal sangat. Kenapa tak habis bincang dan dapat kata putus dahulu?

Ini dah macam-macam versi keluar, terlajak perahu boleh undur terlajak kata makan diri..

Dahlah, admin malas nak berteka teki status Mario Gomez jurulatih Harimau Malaya ni…..

Kita tunggu dan lihat saja.

Apapun, beri TMJ peluang menunjukkan kepimpinannya. Biarkan baginda buat kerja dia dulu…..

Jika sebelum ini kita banyak melihat baginda mengkritik dari luar FAM dan sekarang baginda dah ke dalam dan rasai sendiri pahit manis menjadi presiden FAM…

Leave a Reply

error: Content is protected !!