Status Orang Hilang. Bagaimana Mengesahkan Orang Itu Mati?

Saban hari ada sahaja orang yang hilang tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak. Sesetengahnya dijumpai sama ada selamat, meninggal atau terus hilang tanpa jejak seperti kehilangan Acap dan MH370. Bagaimana dengan status orang hilang, apakah mereka masih hidup atau meninggal dunia?

Apabila berlakunya kes kehilangan tanpa jejak seperti penumpang MH370 dan kehilangan Acap, banyak persoalan akan timbul.

  • Adakah hilang itu dianggap sebagai telah mati?
  • Bagaimana status perkahwinan mereka?
  • Adakah harta mereka sudah boleh dibahagikan kepada waris?
  • Bilakah orang hilang ini akan diiktiraf mati?
  • Banyak lagi persoalan lain …..

Status Orang Hilang. Bagaimana Mengesahkan Orang Itu Mati?

Daripada sudut agama Islam, orang hilang atau al-Mafqud dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu:

  • Tidak diketahui tempatnya
  • Tidak diketahui situasinya hidup atau mati
  • Berlalu suatu tempoh zaman

Mesti Baca: Cara Menyelesaikan Tanah Pusaka Banyak Nama Dalam Geran

Status Orang Hilang

Ulamak fiqh telah bersepakat bahawa hukum asal status orang hilang atau al-Mafqud adalah diiktiraf sebagai orang yang masih hidup.

Perkara ini selari berdasarkan kaedah fiqh :

الأصل بقاء ماكان على ماكان

Asal kekal sesuatu itu mengikut apa yang ada sebelumnya.

Dan juga kaedah fiqh:

اليقين لا يزال بالشك

Suatu yang telah diyakini, ianya tidak akan hilang dengan perkara yang syak.

Mesti Baca: Cara Masuk Alam Bunian

Oleh itu, pasangannya akan kekal diiktiraf sebagai status berkahwin dengannya, hartanya tidak akan dibahagi dan tidak perlu dilakukan solat jenazah ghaib keatasnya kerana dia diiktiraf sebagai masih hidup walaupun mafqud (hilang).

Maka, dalam aspek status orang hilang, untuk menyelesaikan sebarang tuntutan berkaitan pewarisan harta pusaka atau perkahwinan memerlukan kepada keputusan hakim (mahkamah).

Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa untuk menentukan kematian seseorang seperti peruntukan Seksyen 53 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Bagaimana Mendapatkan Perintah Anggapan Kematian?

Di Malaysia, terdapat dua undang-undang berasingan yang menyentuh soal anggapan kematian (presumption of death) bagi al-mafqud.

Status Orang Hilang

Mesti Baca: Pembahagian Harta Pusaka Antara Mitos Dan Realiti

Perbezaan ketara antara kedua-dua peruntukan undang-undang tersebut ialah tempoh masa yang diperlukan bagi membentuk anggapan bahawa al-mafqud itu telah pun meninggal dunia.

  • Undang-undang sivil meletakkan tujuh tahun untuk seseorang dianggap mati
  • Undang-undang syariah menetapkan empat tahun untuk seseorang dianggap mati

Berdasarkan peruntukan perundangan dan kes yang telah diputuskan sebelum ini, dapat dirumuskan bahawa status orang hilang atau al-Mafqud di Malaysia adalah jelas di sisi undang-undang sivil mahu pun syariah.

Dalam kes melibatkan pembahagian harta pusaka al-mafqud, waris boleh memohon pengisytiharan anggapan kematian al-mafqud sama ada di mahkamah sivil atau pun mahkamah syariah.

Sekadar makluman, untuk permohonan pembahagian harta pusaka, perintah anggapan kematian mesti diperolehi melalui MAHKAMAH TINGGI SIVIL.

Jika berkaitan perkahwinan seperti menuntut Fasakh atau pembubaran perkahwinan, perintah anggapan kematian mesti diperolehi melalui MAHKAMAH SYARIAH.

Sumber:

1. Anggapan Kematian Al-Mafqud

2. Merungkai Status Orang Hilang

3. MH370 – Hukum Ke Atas Orang Hilang (al-Mafqud)

Leave a Reply

error: Content is protected !!