Menu

SPM 2020 Tangguh Suku Pertama 2021, STPM Berperingkat, Tiada UPSR Dan PT3

Peperiksaan STPM & SPM 2020 tangguh suku pertama 2021 dan tiada UPSR & PT3 tahun ini kerana penularan wabak COVID-19 yang menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

STPM Dan SPM 2020 Tangguh Suku Pertama 2021, Tiada UPSR Dan PT3

PKP bukan sahaja telah menjejaskan golongan pekerja sama ada sektor awam, swasta dan pekerja sendiri malah menganggu sesi persekolahan dan pendidikan tinggi.

Namun, PKP adalah langkah terbaik melindungi rakyat daripada dijangkiti COVID-19. Adakah kita rela membiarkan keluarga atau orang tersayang menjadi mangsa wabak ini?

SPM 2020 Tangguh Suku Pertama 2021, STPM Berperingkat, Tiada UPSR Dan PT3

Berikut adalah video ucapan pihak Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin mengenai pembatalan Peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STPM 2020 ditangguhkan. KPM akan memperkenalkan kaedah yang tidak bergantung kepada keputusan akademik semata-mata.

Artikel Menarik: Manfaat Tidur Siang (15-30 Minit) Sehari

Walaupun STPM & SPM 2020 tangguh, pelajar yang akan menduduki peperiksaan tersebut tahun ini hendaklah terus membuat ulangkaji di rumah dengan pelbagai kemudahan yang terdapat di internet/online.

Perbicangan boleh dilakukan bersama guru dan rakan melalui Whatsapp/Telegram supaya sesi pembelajaran boleh diteruskan dengan kemajuan teknologi maklumat terkini.

Bagi calon UPSR dan PT3 tahun ini, KPM akan memperkenalkan kaedah yang tidak bergantung kepada keputusan akademik semata-mata. Tunggu maklumat selanjutnya daripada KPM nanti.

Sumber

Leave a Reply

error: Content is protected !!