Anda Penganggur? Waspada Sindiket Tipu Kerja.

Istilah penganggur sangat merunsingkan graduan kerana mereka telah menghabiskan masa bertahun-tahun di menara gading untuk mendapatkan diploma atau ijazah. Bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan dengan isu kelembapan ekonomi, lambakan graduan, kekurangan pengalaman dan macam-macam lagi. Oleh kerana susahnya mendapat pekerjaan, mereka mudah terperangkap dengan sindiket tipu kerja.

Ini yang menakutkan. Sudahlah tiada pekerjaan, kena tipu pula dengan sindiket yang menawarkan pekerjaan. Wang melayang hidup melarat. Bagaimana sindiket menipu pekerjaan memperdaya golongan penganggur?

Strategi Sindiket Tipu Kerja Memperdaya Penganggur

Sindiket pengubahan wang haram untuk mengeksploitasi golongan yang sedang mencari pekerjaan bagi mendapatkan keuntungan mudah menggunakan strategi seperti berikut:

Mesti Baca: Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang Bukan Dengan SPA

1. Mangsa teruja dengan iklan kerja tanpa menyedari akan melangkah ke dalam jerat dan menghubingi nombor tertera.

2. Sindiket memaklumkan mangsa adalah calon yang sesuai dan diminta hadir temuduga di tempat yang ditetapkan.

3. Selesai temuduga, mangsa diminta menunggu panggilan sama ada layak atau pun tidak.

4. Mangsa diterima bekerja dengan syarat membuka akaun bank dan kad ATM perlu diserahkan kepada sindiket.

5. Mangsa perlu mengeluarkan wang didepositkan oleh “pelanggan” bagi mendapatkan komisen tinggi tanpa mengetahui ianya salah di sisi undang-undang.

6. Jika gagal mengeluarkan wang, mangsa akan diugut oleh sindiket.

Sumber

Itulah strategi sindiket tipu kerja yang memperdaya golongan yang sedang mencari kerja.

Mereka menawarkan gaji lumayan dan faedah yang menarik. Jangan mudah terpedaya. Siasat dahulu.

Leave a Reply

error: Content is protected !!