Contoh Surat Permohonan Kerja Yang Mudah Dan Menarik Minat Majikan

Kalau anda masih tercari-cari kerja yang sesuai dengan kelayakan dan minat atau tidak kisah kerja apa pun janji tidak menganggur, admin berikan contoh surat permohonan kerja yang mudah dan menarik.

Surat Permohonan Kerja

Mesti Baca: Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)

Harap ianya membantu anda. Sampai bila nak menganggur? Zaman sekarang kerja tidak akan cari anda tetapi anda kena cari sendiri.

Contoh Surat Permohonan Kerja Yang Mudah Dan Menarik Minat Majikan

Admin senaraikan dua contoh surat permohonan kerja yang boleh anda cuba. Kemaskini apa yang patut mengikut kesesuaian.

Contoh Surat Permohonan Kerja

Jamil Bin Abu (No. K/P: XXXXXX-XX-XXXX)

No. 20,

Taman Isketambola

No. Telefon: 017-XXXXXXX

Email: XXXX@gmail.com


Pengarah Jabatan Sumber Manusia,
Sime Darby Sdn Bhd,                                                                                       06 Mac 2018

Tuan/Puan,

PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI SETIAUSAHA

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. Saya seperti yang bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Setiausaha di organisasi tuan/puan.

2. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kesetiausahaan daripada Universiti Teknologi MARA Malaysia, UiTM, Shah Alam. Saya telah menamatkan pengajian pada bulan Mei 2017.

3. Ketika ini, saya masih bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Syarikat Perabot Jati Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang berkecimpung dalam bidang penghasilan perabot bermutu tinggi daripada kayu jati. Buat masa sekarang, jawatan yang disandang berstatus sementara dan saya sedang mencari jawatan tetap yang sesuai dengan kelayakan. Pengalaman kerja di tempat sekarang diharapkan boleh membantu saya meningkatkan produktiviti dan hala tuju organisasi tuan/puan pada masa hadapan.

4. Oleh itu, saya sertakan salinan sijil akademik dan sijil berkaitan untuk tuan/puan membuat penilaian terhadap kelayakan saya memohon jawatan di organisasi tuan/puan.

5. Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan/puan. Keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai. Saya menunggu dengan penuh sabar jawapan daripada pihak tuan dan amat berbesar hati jika dapat menjadi sebahagian daripada kejayaan organisasi tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar.

………………………………….
Jamil Bin Abu

Mesti Baca: Panduan Lengkap Menulis Resume Kerja Berkualiti

Begitulah contoh surat permohonan kerja yang mudah dan menarik bakal majikan.  Cubalah hantar ke mana-mana syarikat yang anda rasakan sesuai bergantung kepada kelayakan anda.

Selain daripada menghantar surat, anda juga boleh menghantar email kepada organisasi tersebut.

Leave a Reply

error: Content is protected !!