SUV Terhumban Jambatan Pulau Pinang Sebenarnya Berlumba?

Rasanya semua sudah tengok video yang tular dalam media sosial kereta SUV terhumban Jambatan Pulau Pinang kerana impak kemalangan dengan Toyota Vios. Sehingga kini, mangsa kereta SUV masih belum dijumpai dipercayai hanyut dalam arus deras air laut.

Pada mulanya, admin melihat kemalangan tersebut mungkin kerana kecuaian pemandu Toyota Vios yang dilihat memandu dengan laju dan melulu malah dilihat seperti mahu memotong SUV tersebut.

Selepas membaca komen-komen netizen dalam media sosial, situasi kemalangan tersebut seolah-olah sebuah aksi perlumbaan kereta. Admin pun melihat sekali lagi video tersebut, YA! macam aksi kejar mengejar atau sedang berlumba.

Hari ini admin terbaca pula kenyataan daripada polis yang menguatkan dan mengesahkan lagi tekaan admin dan netizen yang mana kemalangan tersebut akibat BERLUMBA!

SUV Terhumban Jambatan Pulau Pinang Akibat Berlumba?

GEORGETOWN: Pemandu Toyota Vios berusia 21 tahun yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang, semalam, didapati positif ganja.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata keputusan itu diketahui selepas ujian saringan awal dilakukan terhadapnya.

Menurutnya, polis juga sudah mengambil sampel darah mangsa untuk mengetahui kandungan alkohol dalam badannya.

“Pemandu Toyota Vios berkenaan kini masih mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta kerana mengalami kecederaan di kepala, kaki dan tangan.

“Sebelum ini, dia dihantar ke Hospital Seberang Jaya dan dibenarkan pulang namun pengsan ketika berada di rumah dan dikejarkan ke hospital swasta,” katanya.

Identiti pemandu SUV itu dikenal pasti sebagai Moey Yun Peng, 20, selepas bapanya membuat laporan polis jam 5 petang, semalam kerana anaknya yang juga penuntut sebuah kolej swasta itu masih tidak pulang.

Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata, pemandu Toyota Vios dan SUV itu adalah rakan sejak di bangku sekolah dan mereka dalam perjalanan pulang selepas menyambut parti hari jadi di sebuah kelab di Lebuh, Chulia, Georgetown.

“Mereka berdua bersama lima lagi rakan baru selesai menyambut hari jadi dan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di seberang. Lima lagi rakan mereka pula tinggal di bahagian pulau,” katanya.

Menurutnya, polis juga sedang menyiasat sama ada mereka berlumba atau sebaliknya.

Berita Penuh

Leave a Reply

error: Content is protected !!