Hari ini, 14 Januari 2017 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, majlis memperkenalkan senarai pemain Pahang 2017 sedang berlangsung dengan meriahnya sejak pagi tadi. Macam-macam acara berlangsung sejak pagi seperti perlawanan futsal, cabutan bertuah, persembahan artis, pemberian t-shirt/jersi percuma dan sesi perkenalan senarai pemain Pahang 2017.
Skuad Tok Gajah khabarnya sedang membuat persiapan rapi menghadapi Liga Super musim depan selepas prestasi merudum dan mengecewakan peminat pasukan Pahang musim ini yang baru berakhir. Pasukan yang pernah digelar “Real Madrid Malaysia” itu hampir pasti membawa pulang Dollah Salleh dengan kemasukan sekurang-kurangnya sembilan pemain tempatan ke dalam pasukan.
Pasukan Pahang ibarat terlepas hukuman gantung apabila terselamat daripada tersingkir ke liga perdana musim depan. Ketika liga super hampir melabuhkan tirainya dengan semua pasukan akan berdepan lawan masing-masing dalam perlawanan terakhir liga musim ini peminat pasukan Pahang dikejutkan dengan berita “Pahang Kekal Liga Super Musim Depan” walaupun sedang menghuni