Tak Boleh Balik Kampung Sambut Puasa

01 Ramadan tiba lagi yang akan disambut pada hari Jumaat, 24 April 2020. Namun, suasana sedikit berbeza kerana kita tak boleh balik kampung sambut puasa kerana masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lazimnya, perantau mengambil kesempatan pada bulan Ramadan untuk balik ke kampung untuk bersahur dan berbuka puasa dengan orang tua yang pasti menggamit memori zaman kanak-kanak.

Tetapi, apakan daya COVID-19 telah meragut kegembiraan menyambut Ramadan dan Syawal tidak lama lagi. Bila agaknya PKP akan tamat? adakah perantau tak dapat balik kampung sampai 01 Syawal nanti?

Tak Boleh Balik Kampung Sambut Puasa – Menteri Kanan

“Tiada sesiapa dibenarkan dari bandar pulang ke kampung bagi menyambut puasa,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menjelaskan pengumuman mengenai kebenaran pulang semula ke Kuala Lumpur dan bandar yang dibuat semalam, tidak berkuat kuasa secara automatik.

Mesti Baca: Cara Solat Tarawih Sendiri & Berjemaah Di Rumah

Tak Boleh Balik Kampung Sambut Puasa

“Saya hendak perbetulkan di sini, apa yang diumumkan semalam, saya menyatakan hanya mereka yang terperangkap di kampung boleh berdaftar secara dalam talian atau di balai polis mulai 25 April ini untuk kembali semula ke bandar bukannya membenarkan orang ramai pulang ke kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di Putrajaya, hari ini – Sumber

Kedatangan Ramadan tahun ini disambut sedikit hambar kerana kita dalam PKP. Apapun, jangan bersedih tak boleh balik kampung sambut puasa dan mungkin berlarutan sehingga Aidilfitri nanti.

Kita wajib menang melawan COVID-19 dahulu jika mahu hidup bebas seperti dahulu.

Selamat Berpuasa Semua Pembaca Blog Carian Semasa..

Leave a Reply

error: Content is protected !!