Moratorium PTPTN, Tangguh Bayar 3 Bulan Januari Sehingga Mac 2021
Ketika kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 sehingga 26 Januari 2021, rakyat mengeluh kerana kebimbangan kehilangan pekerjaan dan terjejas pendapatan, termasuk juga peminjam PTPTN tetapi berita baik, kerajaan bersedia melanjutkan penangguhan bayaran pinjaman atau moratorium PTPTN selama 3 bulan pertama 2021.
Sedikit sebanyak ianya sangat melegakan kerana peminjam PTPTN masih ramai yang tidak mendapat pekerjaan, hilang pekerjaan atau pendapatan tidak setimpal dengan kelulusan.
Moratorium PTPTN, Tangguh Bayar 3 Bulan Januari Sehingga Mac 2021
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan lagi kepada peminjam yang layak.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata keputusan itu diambil kerana kerajaan prihatin dan menyedari terdapat peminjam PTPTN masih terkesan dengan pandemik COVID-19 dan belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.

Katanya, peminjam PTPTN yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui portal rasmi PTPTN mulai 5 Januari hingga 31 Mac 2021. Berita Lanjut
Cara Memohon Moratorium PTPTN 2021
Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Dilanjutkan Selama Tiga (3) Bulan
Kerajaan telah memberi penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN mulai 19 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2020 kepada semua peminjam PTPTN semasa negara dilanda pandemik Covid-19.
Kerajaan amat prihatin dan menyedari bahawa terdapat peminjam PTPTN yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19 ini untuk membuat bayaran balik pinjaman pada tahun 2021.
Artikel Menarik: Nafkah Kepada Isteri Atau Ibu Bapa. Mana Lebih Utama?
Sehubungan itu, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelanjutan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga (3) bulan kepada peminjam yang layak.
Peminjam PTPTN yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui portal rasmi PTPTN mulai 5 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021.
Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman bermula dari bulan permohonan pelanjutan diluluskan.
Kategori Peminjam PTPTN yang layak adalah seperti berikut :
Peminjam yang kehilangan pendapatan iaitu diberhentikan pekerjaan dalam tempoh pandemik Covid-19; dan
Peminjam yang terjejas pendapatan iaitu pendapatan berkurang dalam tempoh pandemik Covid-19.
Untuk permohonan, sila KLIK SINI
Soalan lazim, sila KLIK SINI