Tangguh Bayaran Pinjaman Bank 6 Bulan. Staf Kerajaan & Potongan Angkasa Terlibat Tak?
Tangguh bayaran pinjaman bank 6 bulan? Langkah kerajaan ini pastinya melegakan orang ramai yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) angkara penularan cirus COVID-19.
Namun, adakah semua orang terlibat dengan langkah ini? atau hanya individu atau pemilik perniagaan yang terjejas sahaja akan mendapat manfaat tangguh bayaran pinjaman bank 6 bulan ini?
Tidak dinafikan bagi individu yang bekerja dalam sektor swasta, kilang, bekerja sendiri seperti kerja kampung, berniaga kecil-kecilan dan sebagainya amat terkesan dengan PKP.
Mereka tidak dapat mencari sumber pendapatan kerana tidak dapat keluar bekerja seperti biasa dan rutin harian terjejas.
UPDATE: SEMUA bank membenarkan moratorium 6 bulan mulai April 2020 KECUALI koperasi. Jika mahu menangguhkan pinjaman dengan koperasi sila berhubung terus dengan mereka.
Pinjaman perumahan penjawat awam (LPPSA) TIADA moratorium atau dengan kata lain TIADA penangguhan pinjaman perumahan bagi penjawat awam melalui LPPSA hasil mesyuarat kabinet.
Jika mereka pernah membuat pinjaman bank sama ada untuk perniagaan atau apa sahaja, PKP ibarat hukuman mati untuk mereka kerana bagaimana hendak membayar pinjaman bulanan sedangkan mereka tiada sumber pendapatan?
Semoga dengan langkah penangguhan bayaran pinjaman bank selama 6 bulan ini dapat membantu mereka yang terkesan dengan PKP dapat meneruskan kehidupan seperti biasa sementara menunggu tempoh PKP ini tamat.
Tangguh Bayaran Pinjaman Bank 6 Bulan. Staf Kerajaan & Potongan Angkasa Terlibat Tak?
Bagaimana pula dengan kakitangan kerajaan yang ada pinjaman dengan bank dan koperasi? Adakah mereka juga berhak mendapat manfaat daripada langkah ini?
Daripada pembacaan dan kenyataan yang dibuat Perdana Menteri dan Bank Negara, TIADA disebut dengan jelas status kakitangan kerajaan juga boleh menangguhkan bayaran pinjaman bank mereka akibat PKP ini.
Mungkin kerana mereka mendapat gaji bulanan yang tetap dibayar walau apapun situasi yang melanda menyebabkan mereka TIDAK LAYAK mendapat manfaat penanggugan bayaran pinjaman bank ini.
Mesti Baca: Tempoh PKP Lanjut Dua Bulan Lagi?
Mesti Baca: Soalan Lazim Perintah Kawalan Pergerakan
Pendek kata, gaji mereka tetap dipotong seperti biasa sama ada pinjaman bank atau koperasi yang biasanya dipotong melalui Biro Angkasa.
ANGKASA Sokong Bank Dan Koperasi Tangguh Potongan Gaji
Sistem Potongan Gaji Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) menyambut baik keputusan oleh bank komersial termasuk bank koperasi yang akan melaksanakan moratorium sehingga enam bulan dan memohon supaya ia turut diperluaskan kepada koperasi yang melanggan perkhidmatan kewangan mereka.
Koperasi yang bercadang membenarkan penangguhan ansuran bayaran balik boleh mengemukakan surat rasmi menerusi emel potongan@angkasa.coop – Sumber
Memang ada kakitangan kerajaan yang berharap mendapat manfaat daripada langkah ini tetapi kerajaan pastinya mengutamakan mereka yang mendapat kesan langsung daripada COVID-19 dan PKP.
Daripada kenyataan pihak kerajaan dan ANGKASA, kemungkinan Koperasi yang memberi pinjaman juga akan mengikuti bank-bank dengan langkah penangguhan bayaran bulanan pinjaman selama 6 bulan susulan PKP dan COVID-19.
Walau bagaimanapun, kita tunggu maklumat lanjut daripada kerajaan kerana setakat ini kenyataan mengenai tangguh bayaran pinjaman bank 6 bulan ini tidak berapa jelas golongan sasaran.
Tunggu sahaja 01 April 2020 nanti.
UPDATE: SEMUA bank membenarkan moratorium 6 bulan mulai April 2020 KECUALI koperasi. Jika mahu menangguhkan pinjaman dengan koperasi sila berhubung terus dengan mereka.
Pinjaman perumahan penjawat awam (LPPSA) TIADA moratorium atau dengan kata lain TIADA penangguhan pinjaman perumahan bagi penjawat awam melalui LPPSA hasil mesyuarat kabinet.