Menu

Tangguh Bayaran PTPTN Kuatkuasa Serta Merta

Seperti yang dijanjikan Pakatan Harapan dalam manifesto mereka yang mana peminjam PTPTN yang belum mendapat gaji RM4000 ke atas tidak perlu membayar pinjaman PTPTN. Arahan tangguh bayaran PTPTN berkuatkuasa serta merta kata Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Selain itu, individu yang telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia berhubung kegagalan membayar pinjaman PTPTN jangan risau sebab kerajaan akan berjumpa dengan agensi berkenaan untuk proses melepaskan sekatan atau senarai hitam PTPTN.

Mesti Baca: Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)

Mesti Baca: CGPA Rendah, Ijazah Tak Iktiraf Antara Punca Gagal Dapat Kerja

Ini boleh jadi berita baik kepada peminjam PTPTN yang tidak mampu membuat bayaran balik pinjaman PTPTN kerana jawatan dan gaji yang tidak setimpal dengan kelulusan. Dengan kos sara hidup yang tinggi, proses membayar balik pinjaman tersebut dilihat membebankan.

Tangguh Bayaran PTPTN Bukan Bermaksud Tidak Perlu Bayar!

Tangguh Bayaran PTPTN

Namun, tangguh bayaran PTPTN bukan bermaksud TIDAK perlu bayar! Jika anda sudah mencapai gaji RM4 ribu sila jalankan tanggungjawab membayar hutang PTPTN.

Jika belum mencapai gaji RM4 ribu dan anda rasa mampu membayar ansuran PTPTN silakan dan ianya sangat dialu-alukan.

Mesti Baca: Contoh Surat Permohonan Kerja Yang Menarik Bakal Majikan

Mesti Baca: Bagaimana Proses Dan Prosedur Pengampunan Diraja?

Apapun, hutang WAJIB dibayar! Lambat atau cepat cuba usahakan untuk membayar pinjaman PTPTN tersebut sebab kita akan membantu pihak kerajaan menyediakan pinjaman untuk orang lain pula – Sumber: malaysiagazette.com

Tangguh bayaran PTPTN memang akan melegakan sesetengah individu kerana realitinya masih ramai graduan yang belum dapat pekerjaan sesuai dengan kelayakan dan gaji yang diterima cukup-cukup makan saja.

Jika dipaksa membayar PTPTN, tentu akan menyebabkan mereka mengalami masalah kewangan kerana baki gaji semakin mengecil.

Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang semakin tinggi, keputusan kerajaan baru ini pasti sedikit sebanyak membantu mereka berusaha mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan akhirnya mereka akan dapat membayar hutang PTPTN nanti.

Leave a Reply

error: Content is protected !!