Tangguh Cuti Raya Aidilfitri 2020. Indonesia Dah Umum, Malaysia?
Ketika wabak COVID-19 menjangkiti jutaan dan membunuh ratusan ribu orang di seluruh dunia, Malaysia sudah mula menunjukkan tanda-tanda pulih daripada wabak tersebut hasil daripada PKP yang dilaksanakan sebanyak tiga fasa. Walaupun begitu, sedar atau tidak Ramadan tinggal beberapa hari sahaja lagi seterusnya kita akan menyambut Aidilfitri, bersediakah kita jika kerajaan umum tangguh cuti raya Aidlifitri tahun ini seperti Indonesia?
Secara peribadi, admin melihat tanda-tanda penurunan jangkitan COVID-19 boleh dianggap satu kejayaan kepada Malaysia di saat negara lain sedang berhempas pulas menangani wabak membawa maut itu. Namun, kita tidak boleh leka dan bersorak gembira kerana jangkitan COVID-19 akan berulang dengan lebih teruk jika kita berkumpul semasa Ramadan dan Syawal nanti.
Sebab itu Indonesia mengumumkan tangguh cuti raya Aidilfitri ke bulan Disember 2020 bagi mengelakkan rakyat mereka berpusu-pusu balik ke kampung yang boleh menyebabkan malapetaka lebih besar disebabkan COVID-19.
Tangguh Cuti Raya Aidilfitri 2020. Indonesia Dah Umum, Malaysia?
Bagaimana pula dengan Malaysia? adakah kita akan mengambil langkah sama seperti Indonesia bagi mengekang penularan wabak COVID-19?
Malaysia yang berada di landasan tepat untuk menghentikan jangkitan wabak ini harus membuat keputusan terbaik. Jangan kerana trend penurunan jangkitan semasa dijadikan asas untuk membiarkan rakyat bebas pulang ke kampung sama ada menyambut Ramadan atau Syawal.
Mesti Baca: Postif COVID-19 Turun Mendadak. Dah Boleh Tamat PKP?
Mesti Baca: Sebarang Bentuk Bazar Ramadan 2020 Tidak Dibenarkan

Ingat! kita belum menang melawan COVID-19. Jangkitan akan merebak bila-bila masa malah dengan lebih pantas jika kerajaan menamatkan PKP tergesa-gesa untuk memenuhi kehendak rakyat.
Bagi rakyat pula, kita harus menerima hakikat yang bulan Ramadan dan Syawal tahun ini tidak sama seperti sebelumnya. Kita mesti belajar menerima kebiasaan baru “new normal”, tidak salah mengorbankan keseronokan bagi mengelakkan musibah yang tidak nampak di mata.
Ya semua rakyat segera mahu menamatkan PKP dan kembali kepada kehidupan normal. PKP telah meragut segalanya, kebebasan individu dan melemahkan ekonomi tetapi jika kita mengambil keputusan terburu-buru tanpa memikirkan kesan pada masa depan, bersedialah menghadapi gelombang besar jangkitan COVID-19 pasca Aildilfitri.
Kita hanya tunggu dan lihat, apakah keputusan kerajaan sama ada tangguh cuti raya Aidlifitri tahun ini. Pada pendapat admin, PKP harus diteruskan sehingga selepas Aidilfitri bagi menghapuskan secara total jangkitan COVID-19. Kita terpaksa berkorban sedikit masa sahaja lagi, kerana kita semakin hampir untuk menang.
Percayalah kebebasan yang diberi akan menyebabkan rakyat berkumpul, membuat majlis berbuka puasa atau rumah terbuka dan sebagainya. Mereka lupa yang kita masih belum menang melawan COVID-19.