Bayaran BR1M 18 Februari. Siapa Tak Dapat Kita Geng!
Bayaran BR1M 18 Februari 2017 tahu tak? Berapa hari je lagi..
Kepada yang menerima bolehlah semak akaun bermula tarikh tersebut, yang tak dapat BR1M bolehlah pergi temankan mereka yang dapat BR1M untung orang tu belanja makan.
Siapa Tak Dapat BR1M Angkat Tangan!
Orang yang tak dapat BR1M duit banyak sebab tu tak layak dapat..
Mai sini admin bubuh penampar 18 belas kali..
Ingat orang tak dapat BR1M banyak duit ke? campur gaji laki bini memanglah melebihi kelayakan terima BR1M..
Itu pun sesak walaupun laki bini kerja..
Duit macam air paip keluar..
Lagi satu… kalau duit dah banyak buat apa laki bini kerja betul tak?
Bayaran BR1M Tak Semua Dapat, Harga Minyak Naik Semua Dapat!
Dah dua bulan berturut-turut harga minyak petrol dan diesel naik. Bulan lepas isi minyak RM30 dapat separuh meter tapi bulan ni atas sikit dari suku meter..
Pu*****… What …….
Mencarut sakan tapi minyak dalam tangki tak naik juga…
Mesti Baca: Budaya Mencarut: Spontan Atau Ikutan?
Mengapa admin marah?
Harga minyak naik semua orang rasa..
Tak kira miskin kaya tua muda.. sama-sama gembira di hari raya..
Masalahnya…… BR1M tak semua orang dapat!
Jadi, orang yang dapat BR1M boleh guna duit tu isi minyak bulan-bulan sampai bayaran BR1M tahun depan.. (boleh ke gitu?)
Harga Minyak Naik Harga Barang Pun Naik!
Ini dah pasti! peniaga akan naik harga barang apabila harga minyak naik.
Alasan kos pengangkutan naik, kos barang mentah naik dan sebagainya.
Kalau bulan Mac ni harga minyak turun harga barang tak akan turun. Itulah masalahnya!
Suka atau tak realitinya harga barang pasti naik dan tak akan turun..
Peniaga mana nak turunkan harga barang bila harga minyak turun?
Kalau ada memang admin respek dan cium satu kali (yang perempuan saja)…
Tahniah! GST Kutip Berbilion Setahun… Duit Petronas Lagi…
Mengapa tahniah?
Pertamanya, tujuan kutipan GST dipercayai mampu memberikan pendapatan yang tinggi kepada negara dan boleh digunakan untuk pembangunan dan membayar hutang negara.
Bukan itu saja, pendapatan daripada Petronas campur GST berapa bilion dah tu…
Mesti banyak “giler” duit kerajaan..
Mesti Baca: RM41.2 Bilion Jumlah Kutipan GST 2016
Sejak GST dilaksanakan, negara bertambah maju daripada Vietnam dan Myanmar…
Hutang negara semakin rendah… (betul ke?)
Senang cakap.. duit kutipan GST telah dibelanjakan dengan betul dan rakyat hidup senang lenang hasil perlaksanaan GST.
Setuju tak? hehehe…
Tapi … admin tertanya-tanya sebenarnya… duit GST tu buat bayaran BR1M atau terpaksa naik harga minyak nak bayar BR1M 18 Februari ni?
Kerajaan Rakyat, Oleh Rakyat, Untuk Rakyat…..
Inilah slogan demokrasi..
Kerajaan yang dipilih bekerja untuk rakyat sebabnya rakyat yang pilih kerajaan…
Pilihan raya umum ke-14 tak lama dah..
Mesti Baca: PRU14: Cara Dan Semakan Daftar Pemilih
Di sinilah letaknya kuasa anda..
Gunakan hak dalam demokrasi untuk pilih kerajaan yang anda mahu!
Kalau rasa kerajaan sedia ada bagus pilihlah kalau tak faham-faham je…
Admin tak tahu nak pilih yang mana sebab kerajaan dan pembangkang kedua-duanya nampak bercelaru..
Tengoklah PRU 14 nanti admin bela sotong kurita suruh dia pilih kerajaan mana dia mahu. Macam piala dunia dulu ingat tak?
Admin merapu saja..
Asalnya nak cerita bayaran BR1M tak lama lagi tapi merapu jauh dah..
Simpanlah marah tu buat masa ni ok..
Daripada marah tak sudah baik fikir macam mana nak tambah pendapatan..
Baik fikir macam mana nak cari duit..
Buat duit online contohnya affiliate.. modal pun tak banyak..