Menu

Tarikh MUET 2017 Dan Rayuan Semakan Keputusan MUET

Jadual tarikh MUET 2017 telah dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bagi memudahkan bakal calon peperiksaan MUET 2017 membuat persiapan dan merancang cuti bagi menduduki peperiksaan tersebut.

Begitu juga bagi yang telah mengambil MUET boleh membuat rayuan semakan keputusan MUET jika tidak berpuas hati dengan keputusan semasa yang diperolehi.

Caj bagi rayuan menyemak semula keputusan ujian MUET ialah RM70.00. Tarikh tutup rayuan semak keputusan ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan. Klik Untuk Rayuan Semakan Keputusan MUET

Jadual Tarikh MUET 2017 

Tarikh MUET 2017

MUET atau Malaysian University English Test mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon institusi pengajian tinggi dan juga buat mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama (Degree) di Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA) tempatan.

Syarat Kelayakan Menduduki MUET

Tiada sebarang syarat yang dikenakan untuk menduduki MUET.

Bayaran Menduduki MUET dan Cara Membuat Bayaran MUET

Jumlah bayaran adalah RM100 bagi menduduki peperiksaan MUET

  • Yuran Pendaftaran – RM40
  • Yuran Mata Pelajaran – RM60

a) Cara membuat bayaran MUET adalah dengan membeli membeli nombor PIN MEC daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara perbankan internet.

Tempoh Sah Laku MUET

Keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013 manakala keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah laku ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

Tarikh MUET 2017

Bagi calon yang telah mendaftar menduduki peperiksaan MUET 2017 sila semak jadual tarikh MUET 2017 di atas untuk anda mula merancang cuti, membuat persiapan dan sebagainya.

Tips Dan Strategi Lulus MUET

Tidak kira apa pun jenis peperiksaan, untuk LULUS selain daripada ilmu yang cukup anda perlu ada juga strategi untuk lulus. Begitulah dengan MUET. Anda mesti mengetahui Rahsia Lulus MUET. Sebelum itu, cuba tanya diri anda soalan-soalan di bawah dan fikirkan jawapannya.

  • Apakah peperiksaan MUET?
  • Bagaimana cara pemarkahannya?
  • Apakah elemen-elemen soalan ujian MUET?
  • Apakah perkara-perkara yang dititikberatkan dalam peperiksaan MUET ini ?
  • Bagaimana untuk melakukan persediaan sebelum menduduki MUET?

Inilah persoalan yang sering bermain dalam fikiran calon MUET. Paling membimbangkan tinggal beberapa hari lagi sebelum ujian MUET tetapi masih “blur” dan tidak tahu buat apa-apa persiapan untuk MUET.

5 Sebab Utama Gagal MUET

  • 90% calon peperiksaan MUET tidak bersedia atau sambil lewa menghadapi peperiksaan kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebelum menghadapinya
  • Kekurangan pengetahuan dan pendedahan tentang teknik dan strategi menghadapi peperiksaan MUET salah satu sebab mengapa graduan universiti atau kolej gagal dalam peperiksaan
  • Tidak bersedia dari segi komunikasi atau pertuturan adalah penyebab utama calon peperiksaan hilang idea semasa bercakap di depan panel pemeriksa
  • Penampilan diri yang salah semasa ujian kertas Speaking juga penyebab calon gagal lulus peperiksaan MUET
  • Over confident salah satu faktor utama kegagalan calon yang telah menghadiri peperiksaan MUET

Bukan senang nak lulus MUET kalau tak buat persiapan sebaik mungkin. Kalau anda ada mohon ujian MUET 2017 cubalah bersedia daripada sekarang.

Buat kajian, bertanya kepada mereka yang pernah ambil peperiksaan MUET atau cuba cari panduan peperiksaan MUET.

Bercakap bab Panduan Peperiksaan MUET ni admin ada terjumpa ebook Rahsia Lulus MUET. Melihat kepada laman rasmi ebook tersebut nampak banyak fakta menarik MUET.

Nampak penulis tersebut membuat kajian mendalam dan terperinci untuk memberikan cara lulus MUET dengan mudah dan dapat band tertinggi.

Dah semak tarikh MUET 2017 paling hampir peperiksaan pada bulan Mac 2017. Tak lama dah tu. Jika mahu dicadangkan Rujukan Lulus MUET cubalah dapatkan ebook Rahsia Lulus MUET. Info lanjut ebook tersebut Baca Seterusnya

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!