Teamwork: Cakap Senang, Berjaya Belum Tentu
Dalam sesebuah organisasi, pembentukan “teamwork” atau kerja berpasukan di antara strategi terbaik untuk mencapai kejayaan kerana segala tugasan dapat diselesaikan dengan pantas dan mudah.
Tetapi…. bercakap memang senang kerana untuk membentuk pasukan kerja yang kuat bukanlah mudah!
Teamwork adalah sekumpulan individu yang bekerjasama untuk mencapai tujuan bersama dan ini memerlukan aturan serta mekanisme kerja yang jelas. Bagi mencapai matlamat penubuhan kerja berpasukan, persefahaman di antara individu dan garis panduan dalam kumpulan mesti dipatuhi supaya kumpulan kekal harmoni.
Mesti Baca: Senarai 10 Pekerjaan Paling Stress 2017
Untuk bekerja dalam satu kumpulan, ada DUA kriteria asas yang mesti ada dalam seseorang individu iaitu:
i) Kemahiran Mengurus
Ini melibatkan kemampuan mengatur dan mengelola potensi diri serta melakukan koordinasi sesama ahli kumpulan. Ini termasuklah kemampuan membuat perancangan kerja, menentukan tujuan, memantau pekerjaan, memantau perkembangan serta memastikan setiap tugasan telah dilakukan dengan betul.
ii) Kemahiran Interpersonal
Kemahiran interpesonal adalah melibatkan hubungan kita dengan ahli kumpulan dan luar kumpulan. Ini termasuklah kemahiran berkomunikasi, saling menghargai pendapat orang lain dan kemampuan menjaga keakraban hubungan sesama ahli kumpulan.
Inilah dua kriteria asas yang diperlukan untuk mencapai matlamat kerja berpasukan atau teamwork kerana ianya akan memudahkan anda untuk bekerjasama dan menyesuaikan diri di dalam sesebuah kumpulan.
Mesti Baca: Cabaran Mendapat Kerjaya Idaman, Ijazah Saja Tak Cukup!
Dengan menyertai mana-mana teamwork, secara tidak langsung kita telah memiliki tanggungjawab dan keinginan untuk mencapai satu matlamat.
Percayalah! dengan keinginan dan tanggungjawab akan melahirkan semangat untuk bekerjasama membentuk teamwork yang kuat.
Dalam mana-mana organisasi tidak kira kerajaan atau swasta, kita sentiasa dituntut untuk bekerja dalam satu pasukan kerana dengan bekerjasama kerja akan menjadi lebih mudah dan pantas.
Tetapi, kelemahan teamwork ini apabila ada ahli yang pandai mengambil kesempatan seperti mengambil kredit kejayaan kumpulan sedangkan dirinya tidak berapa menyumbang.
Apapun, teamwork semua orang boleh buat tetapi berjaya belum tentu. Segalanya bergantung kepada setiap ahli dalam kumpulan.