Menu

Tema, Logo Dan Lagu Rasmi Hari Kebangsaan 2018

Hari Kebangsaan sebagai simbolik meraikan kemerdekaan negara disambut setiap 31 Ogos setiap tahun. Apakah tema, logo dan lagu rasmi Hari Kebangsaan 2018?

Negara kita baru sahaja memasuki episod baru sejak Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan persekutuan dengan menumbangkan Barisan Nasional yang telah berkuasa selama 60 tahun.

Siapapun yang memerintah negara, bagi rakyat biasa sudah tentu kita mahu taraf hidup semakin baik, negara semakin makmur dan maju, rakyat hidup dalam keadaan damai serta selamat.

Berhenti berpolitik. Sekarang adalah masa untuk kita bersatu dan meraikan bersama Hari Kebangsaan tidak lama lagi.

Tema, Logo Dan Lagu Rasmi Hari Kebangsaan 2018

Tahun pertama Pakatan Harapan menerajui negara, mereka memilih tema atau slogan Hari Kebangsaan 2018 iaitu “Sayangi Malaysiaku” dan sambutan akan diadakan di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan di Putrajaya.

Hari Tema, Logo Dan Lagu Rasmi Hari Kebangsaan 20182018

Mesti Baca: Apakah UEC Dan Kesan Jika UEC Diiktiraf?

 

Logo Hari Kebangsaan 2018 dicipta oleh saudara Nik Zulkifli Nik Hitam yang bermaksud:

  • Simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan bentuk hati di hadapan menyatukan mereka.
  • Warganegara Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam harmoni, seia sekata, bersatu padu dan kasih sayang kepada negara.

Lagu Rasmi Hari Kebangsaan 2018 pula dicipta dan dinyanyikan oleh Sam, seorang penyanyi/pemuzik/komposer daripada kumpulan popular tanah air iaitu Bunkface yang bertajuk “Kita Punya Malaysia”. Jom layan video Kita Punya Malaysia daripada Bunkface.

“Sayangi Malaysiaku”. Itulah tema Hari Kebangsaan 2018. Sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan bertanggungjawab, kita mesti sentiasa memelihara kemakmuran tambahan pula negara kita terdiri daripada pelbagai kaum, suku, agama dan budaya.

Janganlah ada di antara rakyat Malaysia yang cuba menggugat keamanan dengan membangkitkan isu yang boleh mencetuskan suasana tidak harmoni. Jadilah individu yang bertanggungjawab kepada negara. Hentikan politik yang memualkan, sekarang adalah masa untuk bersatu dan lebih baik kita fikirkan bagaimana untuk meningkatkan taraf hidup dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar.

Sayangi Malaysiaku! Kita Punya Malaysia!

Leave a Reply

error: Content is protected !!