Ambil Tahu 10 Tempat Tuntut Khairat Kematian
Ketahui 10 Tempat Tuntut Khairat Kematian. Apabila berlaku kematian di kalangan ahli keluarga, selain daripada kesedihan yang menyelubungi, sesetengah keluarga daripada golongan kurang berkemampuan sangat susah hati.
Mengapa? Salah satu sebabnya mereka tidak mampu menyediakan biaya menguruskan jenazah. Kalau tidak menyertai mana-mana khairat kematian, mereka hanya mampu berdoa ada yang sudi membantu kerana belanja menguruskan jenazah BUKAN MURAH!
Berapa anggaran belanja menguruskan jenazah?
- Kain kapan RM250
- Mandi jenazah RM200
- Gali kubur RM500
- Bacaan talkin RM100
- Kos penghantaran jenazah ke tanah perkuburan RM100
Secara kasarnya, waris simati perlu bersedia sekurang-kurangnya RM1500. Mungkin kurang atau lebih, bergantung kepada keadaan. Bayangkan situasi bagi keluarga yang kurang berkemampuan untuk menyediakan wang sebanyak itu? Bagaimana pula dengan nasib keluarga kita nanti?
Di sini, admin mahu kongsikan 10 tempat tuntut khairat kematian. Kongsikan maklumat penting ini kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan kerana kematian menjemput kita bila-bila masa sahaja. Sekurang-kurangnya mereka tahu ke mana hala tuju selepas kita mati nanti.
10 Tempat Tuntut Khairat Kematian Yang Ramai Tidak Tahu
Duit khairat kematian BUKAN harta pusaka. Jadi, waris simati yang ambil duit khairat kematian nanti gunakanlah ke arah yang baik seperti menyelesaikan hutang simati, upah haji simati, bersedekah atas nama simati dan sebagainya. Tentu anda sudah tidak sabar nak tahu di mana 10 tempat tuntut khairat kematian tersebut betul tak?
i. Khairat Kematian Khariah Masjid
▪ Sekitar Rm 500 – Rm 5,000
▪ Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah
ii. Khairat Kematian PERKESO
▪ RM 2,000
▪ Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO
iii. Khairat Kematian KWSP
▪ RM 2,500
▪ Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP
iv. Bantuan Mengurus Jenazah JPA
▪ RM 3,000
▪ Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam
Mesti Baca: Waris Peneroka Felda Layak Tuntut RM10 Ribu
Mesti Baca: Yahudi Bersedia Menunggu Kiamat. Lihat Apa Mereka Dah Buat?
v. Khairat Kematian Bank Rakyat
▪ RM 3000
▪ Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat
vi. Khairat Kematian ASNB
▪ RM 200 – RM 2,000
▪ Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati
vii Khairat Kematian Skim Takaful
▪ RM 2,000 – RM 5,000
▪ Syarat: si mati pencarum takaful
viii. Khairat Kematian Persatuan Berdaftar/NGO/Koperasi
▪ RM 500 – RM 5,000
▪ Syarat: si mati adalah ahli berbayar persatuan/NGO/Koperasi
viiii. Khairat Kematian Pencen
▪ RM3000
x. Lain-lain
▪ Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntutselain daripada di atas. Cuba cari atau bertanya.
Itulah senarai 10 tempat tuntut khairat kematian yang boleh membantu waris simati terutama daripada golongan yang kurang berkemampuan.
Kongsikan maklumat penting ini kepada keluarga dan rakan. Tidak kira keluarga anda mampu atau tidak, dengan berkongsi maklumat ini, anda sedang membantu orang lain tanpa sedar 🙂
Kredit: remaja.my