Tentera Israel Semakin Buas Tahan Budak Palestin

Geram juga apabila terbaca dalam akhbar hari ini yang tentera Israel semakin buas tahan budak Palestin. Katanya Israel di antara tentera terkuat di dunia tetapi hanya berani menahan kanak-kanak dan menakutkan mereka sahaja.

Umat Islam seluruh dunia menahan geram melihat betapa kurang perikemanusiaan tentera Israel tehadap rakyat Palestin tetapi sayangnya negara-negara Islam yang kuat dan kaya seperti Arab Saudi, Iran, Emiriah Arab Bersatu dan sebagainya tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyekat kemaraan Israel.

Tindakan Israel menahan kanak-kanak Palestin tidak lebih daripada simbol ketakutan mereka sebenarnya. Mereka nampak gagah di luar tetapi hakikatnya

Tentera Israel Semakin Buas Tahan Budak Palestin

RAMALLAH 1 April – Tentera rejim Zionis dilapor semakin ‘buas’ menahan kanak-kanak Palestin berusia bawah umur 12 tahun di Tebing Barat dan pemandangan itu sudah menjadi kebiasaan sejak kebelakangan ini.

Lapor CNN, rejim Zio­nis tanpa rasa bersalah menyerbu sekolah Palestin sehingga mengakibatkan kanak-kanak terjejas mengalami kesukaran di sekolah dan berisiko tercicir pelajaran mereka.

Satu daripada insiden tersebut sempat dirakam menerusi video oleh seorang ak­tiviti hak asasi ma­nusia, Aref Jaber yang me­nunjukkan tentera Zionis ber­tengkar dengan gu­ru besar serta beberapa guru lain di Sekolah Rendah Ziad Jaber kerana enggan membiar­kan seorang pelajar, Zein Idris dan adiknya berusia tujuh tahun, Taim Idris ditahan.

Mesti Baca: Jangan Berani Isytihar Baitulmuqaddis Milik Israel!

Tentera Zionis men­dakwa Zein dan adik­nya melakukan kesalahan membaling batu ke arah kenderaan penduduk Israel.

Bagaimanapun, Taim tidak ditahan kerana dia disembunyikan di dalam kelas, manakala Zein pula dibawa ke sebuah pos tentera dan ditahan selama sejam.

CNN melaporkan, had umur minimum untuk membolehkan seseorang individu itu ditahan kerana melakukan jenayah di Israel adalah 12 tahun, namun bagi penduduk Palestin, undang-undang itu hanya sekadar hiasan.

Menurut kores­ponden CNN, Abeer Salman dan Andrew Carey yang berjumpa de­ngan Zein memaklumkan bahawa kanak-kanak itu memberitahunya bahawa dia dan adiknya dikejar tentera Israel ketika dalam perjalanan ke sekolah.

“Tentera Zionis mengejar kami sehingga ke sekolah dan ketika ditahan, seorang dari­pada mereka memulas telinga saya sambil menje­rit ‘awak membaling batu!. Saya berulang kali beritahu mereka bahawa saya tidak lakukannya, namun saya ditolak ke dinding dan ditahan selama dua jam,” katanya.

Dalam pada itu, Aref yang seumur hidupnya menghabiskan masa di Hebron memaklumkan bahawa insiden tentera Israel menahan atau menangkap kanak-kanak sudah menjadi perkara biasa.

Lelaki itu juga memberitahu tentera Israel sering menyerbu kawasan sekolah sehingga mencetuskan ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan guru serta pelajar.

Pada 2018, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menerima pengakuan daripada 65 kanak-kanak Palestin yang ditahan tentera Israel sama ada di sekolah mahupun ketika perjalanan pulang dari sekolah.

Jumlah yang diperoleh daripada Perkhidmatan Penjara Israel turut menunjukkan secara purata, sebanyak 271 kanak-kanak Palestin ditahan pada tahun lalu atas kesalahan menye­rang tentera Zionis.

Sementara itu, tindakan tentera Israel menahan kanak-kanak Palestin mendapat kritikan daripada pelbagai pihak termasuk badan hak asasi manusia yang menyifatkan perkara itu sebagai melangkaui batas dan boleh mendatangkan trauma kepada golongan tersebut. – AGENSI

Sumber

Kalau dunia Islam dan bukan Islam yang menyokong perjuangan Palestin bersatu Israel pasti tidak mampu melakukan apa-apa tindakan.

Mereka berani kerana di belakang mereka adalah negara Amerika yang dikenali penyokong kuat Israel sejak dahulu.

Sampai bila kita hendak melihat tentera Israel semakin buas menindas orang awam Palestin?

Leave a Reply

error: Content is protected !!