Terkini Acap: Operasi Besar Mencari Termasuk Polis Bukit Aman, Bomba Dan Pertahanan Awam
Terkini Acap. Hari ini polis Perak menggerakkan 170 anggota polis termasuk dari Bukit Aman dalam usaha mencari Mohammad Asyraf Hassan atau Acap yang hilang sejak 3 minggu lalu ketika menyertai Gopeng Ultra Trail.

Selepas berbagai-bagai teori kelihangan Acap seperti disorok Bunian, jatuh dan tidak ditemui serta Acap tidak hilang tetapi menghilangkan diri, kita berharap operasi besar-besaran untuk mencari Acap hari ini akan mendapat petunjuk positif.
Terkini Acap: Operasi Besar Polis, Bomba Dan Pertahanan Awam Turun Mencari.
GOPENG 13 April – Polis Perak menggerakkan operasi khas mencari peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang, Mohammad Asyraf Hassan hari ini melibatkan 170 pegawai dan anggota termasuk dari Bukit Aman.
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, Operasi Khas Op Kesan hari ini merupakan langkah terbaru untuk mencari Mohammad Asyraf yang hilang sejak 23 Mac lalu.
Mesti Baca: Bomba Cakap Acap Hilang Bukan Sebab Bunian Tetapi….
Menurutnya, operasi khas itu diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman.

“Pencarian hari ini melibatkan kawasan-kawasan yang kita rasa belum diliputi, juga berdasarkan maklumat-maklumat yang diterima, kita akan ke kawasan berkenaan.
Mesti Baca: Boleh Ke Manusia Masuk Alam Bunian?
“Kita mengharapkan kalau tidak hari ini mungkin esok ataupun lusa kita boleh mengesan Mohammad Asyraf dan merungkai kehilangan ini,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, operasi hari ini melibatkan 10 kilometer persegi kawasan baharu.
“Operasi melibatkan 170 pegawai dan anggota termasuk 15 pegawai dan anggota dari Ibu pejabat Polis Bukit Aman serta dua ekor anjing dari Unit Anjing Pengesan.
“Operasi dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya. – UTUSAN ONLINE
Mari kita sama-sama berdoa semoga usaha besar-besaran melibatkan pelbagai pihak kali ini mendapat petunjuk kehilangan Acap.
Buat masa sekarang hentikan spekulasi, kita tumpukan kepada usaha pihak berkuasa mencari Acap.
Terkini Acap akan admin kemaskini selepas mendapat makluamt terkini daripada operasi ini nanti.