Tiada Bazar Ramadan, Solat Tarawikh Berjemaah & Solat Aidilfitri Tahun ini?

Segala kemungkinan boleh berlaku. Itulah realiti yang terpaksa dilalui tahun ini jika penularan wabak COVID-19 belum reda menjelang bulan Ramadan kira-kira tiga minggu sahaja lagi. Tiada Bazar Ramadan, tiada solat Tarawikh berjemaah dan tiada solat Hari Raya Aidilfitri?

Sehingga artikel ini ditulis, tiga negeri telah mengumumkan tiada penganjuran Bazar Ramadan 2020 iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu. Ianya bakal diikuti negeri-negeri lain jika melihat kepada statistik penularan wabak COVID-19 terus meningkat walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan selama dua minggu.

Tiada Bazar Ramadan, Solat Tarawikh Berjemaah & Solat Aidilfitri Tahun ini?

Dapat anda bayangkan situasi ini? Siapa sangka kita akan terpaksa melalui situasi yang tidak pernah dibayangkan seumur hidup?

Tiada Bazar Ramadan, Solat Tarawikh Berjemaah & Solat Aidilfitri Tahun ini?

Jika ianya menjadi kenyataan, ini adalah pengalaman pertama kali admin hidup di dunia ini dan mungkin juga anda semua. Kita tidak dapat merasai kemeriahan Bazar Ramadan, tidak dapat solat Tarawikh berjemaah di masjid dan tidak dapat meraikan kemenangan bulan Syawal dengan solat Aidilfitri berjemaah?

Wabak COVID-19 telah meragut nyawa ribuan manusia, menyebabkan berjuta-juta orang di seluruh dunia terpaksa berkurung di dalam rumah dan lebih menyedihkan semua rumah ibadat apa agama sekali pun menjadi sepi dan “mati”.

Mesti Baca: Syarat Dan Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Mesti Baca: COVID-19, Tangguh Bayaran Pinjaman Bank 6 Bulan

Itulah penangan COVID-19. Kerajaan terpaksa melaksanakan PKP bagi mengelakkan wabak menjadi semakin buruk. Kita harus bersyukur kerana sehingga saat ini kerajaan masih belum melaksanakan perintah berkurung “Lockdown” di seluruh negara walaupun ada daerah di Johor dan Selangor telah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) kerana jangkitan COVID-19 meningkat mendadak.

Jangan Degil! Duduk Rumah Diam-Diam!

Memasuki dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masih ada orang ramai yang berkumpul di pasar raya, menyesakkan jalan raya tanpa hala tuju dan mereka masih berdegil!

Ya, semua orang pun bosan duduk di rumah tetapi apa boleh buat, patuh arahan pihak berkuasa. Jangan langgar arahan kerajaan melaksanakan PKP, ianya bukan untuk anda tetapi untuk kebaikan semua.

Selagi masih ada yang degil, jangan salahkan kerajaan jika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan seluruh negara. Itu yang adan mahu? Lockdown? Perintah Berkurung? Bukankah itu lebih menyeksakan daripada situasi sekarang?

Berhenti menyeksa orang lain, pasukan keselamatan dan paling penting mereka yang bekerja dalam KKM yang berdepan dengan pesakit COVID-19. Mereka semua mahu tamatkan segera derita ini, mereka juga ada keluarga, sampai bila mereka mahu menghadapi semua ini?

Bersedia Tiada Bazar Ramadan, Tiada Solat Tarawikh Berjemaah & Solat Aidilfitri Tahun Ini?

Apapun daripada sekarang, kita hanya tunggu dan lihat apakah akan terjadi seterusnya? Sama ada penularan COVID-19 akan semakin memburuk atau pulih sedikit demi sedikit dan akhirnya hilang daripada bumi Malaysia.

Kita hanya mampu berdoa dan ikut sahaja arahan pihak kerajaan, mereka telah melaksanakan apa yang terbaik untuk melindungi rakyat. Bukan itu sahaja, duduk rumah diam-diam pun masih dapat bantuan daripada kerajaan iaitu Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Itupun masih degil lagi?

Bayangkan tahun 2020 ini, tiada Bazar Ramadan, tiada solat Tarawikh berjemaah dan tiada solat Hari Raya Aidilfitri? Hanya masa yang akan menentukan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!