Menu

Tiada Cuti 13 Disember Istiadat Pertabalan Agong Ke-15

Tiada Cuti 13 Disember Istiadat Pertabalan Agong Ke-15. Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) hari ini menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan yang tersebar di media sosial mengatakan KSN mengisytiharkan 13 Disember 2016 ini sebagai hari kelepasan am sempena pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-15.

UPDATE: Kerajaan Kelantan mengumumkan 13 Disember 2016 sebagai hari cuti peristiwa di negeri ini sempena pelantikan secara rasmi Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke V sebagai Yang Dipertuan Agong ke-15.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yacob berkata, cuti berkenaan untuk memberi peluang kepada seluruh lapisan masyarakat berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa untuk meraikan keberangkatan baginda ke Istana Negara pada hari berkenaan dari Istana Negeri di Kubang Kerian di sini.

Semalam, tersebar satu mesej di media sosial mengatakan kononnya Tan Sri Dr Ali Hamsa mengisytiharkan 13 Dis 2016 ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang baru.

Tiada Cuti 13 Disember

Mesej itu turut menyatakan pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu kononnya dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala Sabah dan Sarawak boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing.

Tiada Cuti 13 Disember Istiadat Pertabalan Agong Ke-15

Sehubungan itu, Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam kenyataan hari ini berkata kenyataan berkenaan tidak pernah dikeluarkan oleh KSN Tan Sri Dr Ali Hamsa seperti yang diviralkan.

“Adalah dimaklumkan kenyataan berkenaan tidak pernah dikeluarkan KSN, dan 13 Disember 2016 bukanlah merupakan hari kelepasan am,” kata kenyataan itu. – Sumber: Berita Harian Online (07 Disember 2016)

Baca Juga: Sultan Muhammad V Yang Dipertuan Agong Ke-15

Kalau berita palsu memang cepat tersebar. Inilah keburukan laman sosial. Bagi yang menyebarkannya pula tanpa soal siasat dahulu. Jelas sekarang.. Tiada Cuti 13 Disember Istiadat Pertabalan Agong Ke-15.

Tunggu berita selanjutnya mana tahu kerajaan bermurah hati beri cuti sempena pertabalan Yang Dipertuan Agong Ke-15 nanti 🙂

UPDATE: Kerajaan Kelantan mengumumkan 13 Disember 2016 sebagai hari cuti peristiwa di negeri ini sempena pelantikan secara rasmi Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke V sebagai Yang Dipertuan Agong ke-15.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yacob berkata, cuti berkenaan untuk memberi peluang kepada seluruh lapisan masyarakat berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa untuk meraikan keberangkatan baginda ke Istana Negara pada hari berkenaan dari Istana Negeri di Kubang Kerian di sini.

6 Comments
  1. ZARYDIN December 8, 2016
    • admin December 8, 2016
  2. PendekarBerkuda December 10, 2016
    • admin December 10, 2016
  3. mek-klate December 13, 2016
    • admin December 13, 2016

Leave a Reply

error: Content is protected !!