Tiada Lagi PRK Parlimen?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan kekosongan kerusi parlimen akan diisi secara automatik oleh parti politik penyandang kerusi tersebut pada masa akan datang, bermaksud TIADA lagi PRK parlimen?

Jika dilihat daripada sudut positif, memang ianya satu cadangan yang baik dan menjimatkan wang kerana kos menjalankan PRK mencecah jutaan ringgit tetapi daripada sudut pemerhatian rakyat pula ianya dipandang sinis seolah-olah kerajaan takut dengan siri kekalahan PRK, terbaru kekalahan besar PRK Tanjung Piai.

Reformasi Pilihan Raya, Tiada Lagi PRK Parlimen

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) tidak perlu lagi mengadakan pilihan raya kecil Parlimen selepas ini sekiranya kerajaan menerima sistem yang akan dicadangkan oleh jawatankuasa penambaikan pilihan raya.

Mesti Baca: Berapa Kos Pilihan Raya Kecil?

Mesti Baca: Pakatan Harapan Kerajaan Sepenggal?

Pengerusi jawatankuasa Ab Rashid Ab Rahman berkata mengikut sistem baharu yang dicadangkan, kekosongan kerusi Parlimen akan diisi secara automatik oleh parti politik penyandang kerana semasa pilihan raya rakyat akan memilih parti, bukan lagi calon individu – Sumber

Tiada lagi PRK Parlimen

Reformasi Pilihan Raya Perlu Walaupun Kerajaan Tidak Untung

PUTRAJAYA tahu penambahbaikan pilihan raya mungkin tidak akan menguntungkannya sebagai pemerintah tetapi perubahan itu penting untuk Malaysia akhirnya mempunyai sistem dan undang-undang pilihan raya yang bebas, adil dan telus, kata pengerusi jawatankuasa Ab Rashid Ab Rahman.

Rashid mengetuai jawatankuasa khas meneliti sistem dan undang-undang pilihan raya negara dengan mandat tugas dua tahun sehingga Ogos 2020 – Sumber

Tiada lagi PRK Parlimen? ada positif dan negatif jika reformasi pilihan raya ini dilakukan, terpulang kepada anda memandang daripada sudut mana.

Apapun, sedikit sebanyak keputusan ini akan mencalar maruah dan imej kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang telah melalui pelbagai siri kekalahan PRK, apakah tujuan sebenar mereka?

Leave a Reply

error: Content is protected !!